TERMA DAN SYARAT
PRIVASI POLISI
Polisi Privasi ini menjelaskan bagaimana Muslim Care Malaysia Society (MCM) mengumpul, menyimpan dan mengendali Data Peribadi (seperti yang ditakrifkan di bawah) individu-individu selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (APDP) dan undang-undang Malaysia.
Sila baca Polisi Privasi ini untuk memahami bagaimana kami menggunakan Data Peribadi yang kami mungkin kumpul dari anda. Dengan memberi Data Peribadi anda kepada kami, anda bersetuju akan Polisi Privasi ini dan pengumpulan, penggunaan, pengaksesan, pemindahan, penyimpanan dan pemprosesan Data Peribadi anda seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi ini.
1. Pengenalan
MCM menghormati dan menghargai privasi Data Peribadi anda dan berusaha untuk menglindungi Data Peribadi anda selaras dengan APDP.
2. Jenis Data Peribadi yang dikumpul
Data Peribadi yang dikumpul oleh kami mungkin merangkumi Data Peribadi yang dikumpul daripada anda termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, nombor kad pengenalan, butir-butir untuk dihubungi, alamat rumah, alamat email,
a. Data Peribadi yang dikumpulkan adalah termasuk salinan dan apa-apa bentuk dokumen sokongan.
b. Bagi tujuan Notis ini, Data Peribadi termasuk data yang dikumpul sebelum dan selepas Notis ini dikeluarkan.
Di samping itu, apabila anda melawat laman web MCM, maklumat seperti tarikh dan masa akses, alamat IP, hos internet dan sejarah pelayaran boleh dikumpul secara automatik melalui laman web MCM dan komputer anda secara automatik akan dikeluarkan dengan cookies. Cookies adalah fail teks yang disimpan dalam pemacu keras komputer anda untuk membolehkan pelayan web kami mengenali komputer anda. Pada bila-bila masa anda boleh melaraskan seting pada komputer anda untuk mengingatkan anda mengenai penggunaan Cookies atau untuk menerima atau menolak Cookies.
Jika anda telah memberikan kami Data Peribadi berkenaan orang lain (sebagai contoh, suami/isteri, ahli keluarga, pihak berkaitan atau orang hubungan kecemasan atau di mana anda dikenal pasti sebagai pengawai bertanggungjawab (dalam organisasi atau syarikat atau institusi) anda mewakili dan menjamin bahawa anda mempunyai kebenaran nyata mereka untuk berkongsi Data Peribadi mereka dengan kami atau berhak untuk memberikan Data Peribadi mereka kepada kami.
3. Bila dan bagaimana kami mengumpul Data Peribadi anda
Kami mungkin mengumpul Data Peribadi secara langsung daripada anda apabila anda:
- berkomunikasi dengan kami (sebagai contoh apabila anda mengemukakan pendaftaran atau apabila anda membuat pertanyaan dengan kami;
- mendaftar minat anda dan/atau memohon maklumat (melalui emel atau lain-lain saluran yang disediakan);
- melawati pejabat kami; atau
- melawati/atau melayari laman web kami.
Selain daripda Data Peribadi yang diperolehi langsung dari anda (seperti yang diperincikan di atas), kami juga mungkin memperolehi Data Peribadi anda daripada pihak ketiga seperti wakil sah, institusi kewangan, biro kredit atau agensi-agensi rujukan kredit, rangkaian sosial, agensi-agensi pencegahan penipuan atau organisasi lain (Pihak Ketiga), dan dari sumber-sumber lain yang mana anda telah memberi kebenaran anda untuk mendedahkan Data Peribadi anda, dan/atau dimana dibenarkan secara sah.
4. Penggunaan Data Peribadi
Kami mungkin mengumpul Data Peribadi daripada anda atau daripada Pihak Ketiga untuk mana-mana tujuan-tujuan berikut (Tujuan-Tujuan):-
- untuk mengesahkan identiti anda;
- untuk mentadbir dan menilai permohonan pendaftaran
- untuk menilai dan lebih memahami keperluan Pihak Ketiga;
- untuk pentadbiran, penilaian, pengurusan rekod, pelaporan, audit dan untuk tujuan keselamatan dan pencepalan penipuan;
- untuk tujuan penyelidikan termasuk penyimpanan rekod dan statistik;
- untuk mematuhi mana-mana undang-undang dan/atau proses undang-undang and/or perintah-perintah dan/atau syarat-syarat kontrak dan/atau keperluan pihak berkuasa;
- untuk tujuaan penjenamaan, komunikasi dan hal ehwal korporat kami termasuk penerbitan di dalam mana-mana bahan bercetak, laman web dan/atau media elektronik kepunyaan kami serta di dalam mana-mana bahan bercetak dan/atau media elektronik kepunyaan pihak-pihak lain;
- untuk tujuaan tadbir urus korporat MCM
- di mana email mengandungi Data Peribadi anda diterima oleh kami ketika suatu apa apa komunikasi dan disimpan sebagai rekod surat menyurat dan/atau bagi tujuan rekod;
- untuk berhubung dengan anda dan memberikan anda maklumat yang anda mungkin minta; dan/atau
- untuk apa-apa tujuan lain yang diperlukan atau dibenarkan oleh mana-mana undang-undang, peraturan, garis panduan dan/atau pihak-pihak pengawalselia berkuasa yang berkenaan dan apa-apa tujuan yang berkaitan dan berhubung dengan mana-mana perkara di atas.
5. Keengganan memberi Data Peribadi
Di mana dinyatakan (contohnya di dalam borang pendaftaran), anda diwajibkan memberi Data Peribadi kepada kami untuk membolehkan kami memproses sebarang permohonan atau permintaan anda kepada MCM. Jika anda enggan memberi Data Peribadi yang diwajibkan tersebut, kami mungkin tidak dapat memproses permohonan atau permintaan anda yang mungkin akan ditolak.
6. Pendedahan Data Peribadi anda
Data Peribadi yang diberikan kepada MCM secara umunnya akan disimpan secara rahsia tetapi anda dengan ini bersetuju dan membenarkan kami untuk mendedahkan Data Peribadi anda kepada kategori pihak-pihak dibawah:-
i. Lembaga Pemegang Amanah, pekerja dan/atau wakil-wakil MCM;
ii. agensi-agensi kerajaan;
iii. agensi-agensi penguatkuasa undang-undang;
vi. pihak-pihak lain untuk tujuan-tujuan yang berkaitan dengan tujian pengumpulan dan penggunaan Data Peribadi anda seperti yang disenaraikan dalam Seksyen 4;
v. mana-mana pihak yang wajib merahsiakan Data Peribadi;
vi. pihak-pihak lain di mana anda telah memberikan kebenaran nyata atau tersirat; dan/atau
1. Penyimpanan Data Peribadi
i. MCM akan berusaha untuk menyimpan Data Peribadi anda dengan selamat dalam bentuk salinan atau pangkalan data dalam pejabat MCM. Sebarang Data Peribadi yang diberikan oleh anda kepada MCM akan disimpan oleh MCM untuk tempoh selama yang perlu bagi memenuhi Tujuan-Tujuan dan jika diperlukan, untuk memenuhi keperluan undang-undang, pihak berkuasa dan pentadbiran.
ii. Di mana praktikal, kami berusaha untuk melaksanakan pentadbiran yang sesuai serta kawalan-kawalan keselamatan dan prosedur sejajar dengan undang-undang dan peraturan yang berkenaan bagi menghalang pemprosesan Data Peribadi anda secara tidak sah atau menyalahi undang-undang dan kerugian yang tak disengajakan atau kemusnahan, atau kerosakkan kepada, Data Peribadi anda.
iii. Mana-mana Data Peribadi yang disimpan oleh MCM mungkin dimusnahkan atau dipadamkan jika ia tidak diperlukan oleh MCM lagi (mengikut budi bicara mutlaknya).
2. Pemindahan Data Peribadi
Anda bersetuju kepada pemindahan Data Peribadi anda ke luar Malaysia dalam keadaan-keadaan seperti yang tercatat dalam Seksyen 4. Kami akan mengambil langkah-langkah yang berpatutan untuk memastikan bahawa mana-mana entiti luar negara tersebut akan terikat di bawah kontrak untuk tidak menggunakan Data Peribadi anda untuk sebarang tujuan kecuali selaras dengan syarat-syarat kontrak yang kami mungkin tangani dengan mereka dan untuk melindungi dengan sewajarnya Data Peribadi anda.
3. Hak Akses dan pembetulan Data Peribadi
i. MCM menghormati privasi Data Peribadi anda dan berusaha untuk memastikan kerahsiaan, perlindungan, keselamatan dan ketepatan Data Peribadi anda yang disediakan kepada MCM. Oleh itu, anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa semua Data Peribadi anda yang telah diserahkan dan disimpan oleh kami adalah tepat dan lengkap dalam semua aspek dan kamas kini.
ii. Anda mempunyai hak akses kepada Data Peribadi anda dan untuk memohon pembetulan Data Peribadi yang tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau tidak dikemaskinikan. Sila maklum bahawa kami mungkin perlu menahan akses kepada maklumat peribadi anda dalam keadaan tertentu , contohnya apabila kami tidak dapat memastikan identiti anda atau di mana maklumat yang diminta bersifat komersil dan sulit, atau jika kami menerima permintaan berulang untuk maklumat yang sama. Namun demikian, kami akan memaklumkan anda akan sebab-sebab kenapa kami tidak dapat memenuhi permintaan anda.
iii. Sebarang soalan ataupun komen mengenai Polisi Privasi ini, atau jika anda memerlukan sebarang bantuan bagi mengakses atau mengemaskinikan maklumat yang kami telah kumpul mengenai anda, boleh dituju kepada:
Muslim Care Malaysia
No 11, Jalan Binjai 1A,
Sungai Tua Tanah Gantian,
68100 Batu Caves, Selangor
4. Pengemaskinian Polisi Privasi
Polisi Privasi ini mungkin ditukar dari masa ke semasa dan versi terkini akan berkuatkuasa dan menggantikan sebarang dan semua versi terdahulu, termasuk tetapi tidak terhad kepada, versi dalam talian atau salinan. Notis sebarang semakan semuala tersebut akan diberikan di laman web MCM dan/atau dengan apa-apa cara kominikasi yang lain yang dianggao sesuai oleh MCM.
5. Pautan kepada laman-Laman web lain
Sila ambil perhatian bahawa Polisi Privasi ini hanya terpakai kepada laman web MCM dan tidak terpakai kepada mana-mana laman web pihak ketiga yang mungkin diakses anda dari laman web MCM, sebagai contoh, Twitter dan Facebook. Untuk menentukan bagaimana laman-laman web pihak ketiga mengurus dengan Data Peribadi anda, anda perlu memastikan bahawa anda membaca dasar privasi mereka masing-masing.
6. Akuan
Dengan memberikan Data Peribadi anda, anda memaklumkan bahawa anda telah membaca, memahami dan menerima pernyataan-pernyataan di sini dan selanjutnya memberi kebenaran kepada MCM untuk memproses Data Peribadi untuk Tujuan-Tujuan.
7. Dasar Bayaran Balik
Bayaran balik penuh anda akan dikeluarkan setelah kami menerima dan memeriksa. Setelah selesai dan memenuhi polisi pemulangan kami, bayaran balik penuh akan dimulakan. Kaedah bayaran balik akan diproses bergantung pada kaedah pembayaran asal anda:
1. Pindahan Bank Dalam Talian, bayaran balik penuh akan dikreditkan ke dalam akaun bank anda melalui bank dalam talian pemindahan, yang perlu dipos dalam masa 3-5 hari bekerja.
2. Perkhidmatan bayaran balik kad kredit, bayaran balik akan dihantar kepada bank pengeluar kad