
WAKAF PEMBINAAN TUBEWELL NIGER & NIGERIA
TELAGA KEPERLUAN DAN HARAPAN MEREKA
“Sejurus selepas Subuh saya akan jalan hampir sejam… seterusnya beratur beramai-ramai sambil menanti giliran untuk menimba air dari perigi yang sedalam hampir 50 kaki dalamnya. Kalau lambat pasti akan berjemur di bawah panas matahari” kata seorang ibu di Niger sambil memandang tong kosong di tangannya.
Air bersih ialah sesuatu yang sangat sukar diperolehi bagi sebahagian masyarakat di negara-negara Afrika. Bagi kita mungkin hanya satu putaran paip tetapi bagi mereka memerlukan pengorbanan yang tinggi untuk mendapatkan air bersih.
Muslim Care Malaysia (MCM) mengambil peluang ini untuk membina tubewell yang boleh mengubah hidup satu komuniti dimana air hasil dari tubewell wakaf akan dimanfaatkan untuk makan, minum, berwuduk dan bersuci malah binatang juga turut mendapat manfaat. Tubewell menjadi keperluan dan harapan mendesak buat saudara-saudara kita untuk menjalani kehidupan dengan lebih sempurna.
Sasaran untuk menyiapkan tubewell ini adalah sebanyak RM100,000. Bayangkan setiap titis air dari tubewell yang dibina akan melahirkan senyuman mereka yang tak perlu lagi merentas panas demi sebaldi air.
Sabda Nabi SAW:
"Sesiapa yang menggali telaga, maka setiap kali ada makhluk hidup yang minum darinya, Allah akan berikan pahala sedekah kepadanya hingga Hari Kiamat."
(Hadith Riwayat al-Tabarani)
Air itu hidup.
Wakaf itu peluang.
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.
Tepat Pada Masa.
Tepat Pada Sasaran.
Penyumbang Terkini
-
Hamba Allah
RM100, 2 minggu yang lepas
-
Amir
RM534, 2 minggu yang lepas
-
Hamba Allah
RM10, 2 minggu yang lepas
-
Juliana Rosmani
RM10, 3 minggu yang lepas
-
Arwah Hj Mohamed Kassim b Hj Mohamed Haniffa
RM10, 1 bulan yang lepas
-
Abdul Malik Ishak bin Madihi
RM10, 1 bulan yang lepas
-
AMIR AMSYAR BIN ANUAR
RM10, 1 bulan yang lepas
-
Roziana Binti Sahiruddin
RM30, 1 bulan yang lepas
-
Asfazila Sarari
RM10, 1 bulan yang lepas
-
NOR ASIKIN IBRAHIM
RM100, 1 bulan yang lepas