WAKAF PEMBINAAN RUMAH IBU & 2 ANAK OKU KLANG,SELANGOR
RAYUAN IBU TUNGGAL BERSAMA DUA ANAK OKU UNTUK MILIKI RUMAH SENDIRI
Hati Norhayati Mohd Yusop berbunga tatkala kerja membina rumah impiannya di Kampung Jawa, Klang, Selangor yang cuma berukuran 400 kaki persegi dilakukan pada 2024.
Bagaimanapun, selepas lebih dua tahun berlalu impian ibu tunggal kepada dua anak perempuan OKU itu masih kekal impian.
Pembinaan rumah itu terhenti disebabkan kekurangan dana dan berdepan banyak masalah kerana tidak memenuhi spesifikasi ditetapkan.
Norhayati, 51, menghidap kencing manis yang menjejaskan penglihatan dan pendengarannya, menyebabkan dia tidak bekerja dan bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
“Saya juga sukar bekerja kerana terpaksa menjaga anak perempuan sulung saya yang menghidap penyakit saraf (Huntington Disease).
“Penyakit itu merosakkan sel-sel saraf di bahagian otak, menyebabkan dia perlu penjagaan dan diberi perhatian 24 jam,” katanya.
Ketika menerima kunjungan wakil MCM, anak sulung Norhayati, Nur Irdina Izzati Zulkefli, 26 tampak memahami apa yang dituturkan ibunya dan berusaha untuk bercakap demi menyampaikan hasrat memiliki rumah sendiri.
Sehubungan itu, Muslim Care Malaysia (MCM) merayu sumbangan orang ramai untuk mengumpul RM70,000 bagi menyambung pembinaan rumah Norhayati dan dua anaknya yang terbengkalai.
“Saya nak sangat ada rumah sendiri supaya dua anak OKU saya ada tempat tinggal bila saya sudah tiada. Hanya itu impian saya.
“Terima kasih kepada MCM dan orang ramai kerana membantu menjadikan impian saya itu kenyataan,” kata Norhayati yang kematian suami tiga tahun lalu.
Pada masa ini, Norhayati dan Nur Irdina Izzati tinggal di rumah sewa yang bayaran bulanan dibayar oleh pejabat zakat manakala seorang lagi anaknya, Nur Irdina Aliah Zulkefli, 24 yang mengalami masalah lembam tinggal di rumah kebajikan.
Nabi SAW bersabda:
"Barangsiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin di dunia, Allah akan melepaskan satu kesusahannya pada hari kiamat." (HR Muslim)
Ayuh rakyat Malaysia, bersama kita menghulurkan sumbangan untuk pembinaan rumah Norhayati dan dua anak syurganya.
Mudahan-mudahan, infak ini menjadi asbab untuk kita semua diterima Allah SWT untuk berada di syurga kelak, insyaAllah.
Salurkan sumbangan anda:
Maybank
5644 9041 3882
Muslim Care Malaysia Society
RHB Islamic Bank
26212 00000 4747
Pertubuhan Penyayang Islam Malaysia
Rujukan Pembayaran: IBU TUNGGAL & 2 ANAK OKU
☎️ Hotline: 011-1087 1087
☎️ Johari: 016-997 8323
☎️ Safuan: 013-488 6447
☎️ Zuriati: 019-204 9434
Penyumbang Terkini
-
qsada
RM5, 14 jam yang lepas
-
Muhammad Hafidz bin Rosli
RM10, 20 jam yang lepas
-
Muhammad Hafidz bin Rosli
RM10, 1 hari yang lepas
-
Rafizah Omar
RM10, 2 hari yang lepas
-
Salleha Binti Ibrahim
RM50, 2 hari yang lepas
-
Nur
RM10, 2 hari yang lepas
-
Mohd Zail Arish bin Mohd Yusof
RM10, 2 hari yang lepas
-
Haslina Jabil
RM20, 2 hari yang lepas
-
Muhammad Hafidz bin Rosli
RM10, 2 hari yang lepas
-
Ramlah
RM50, 3 hari yang lepas