WAKAF PEMBANGUNAN MADRASAH TANAH SARI
6 BULAN TERHENTI…200 ANAK MELAYU DI TANAH SARI, MENANTI UNTUK KEMBALI BELAJAR AGAMA
Hampir 200 murid di tiga buah madrasah di Tanah Sari, Selatan Myanmar masih belum dapat meneruskan pengajian mereka selepas kerja menaik taraf madrasah tertangguh sejak lebih enam bulan lalu.
Anak2 ini dan keluarga mereka masih bertutur dalam bahasa Melayu, menulis dalam tulisan jawi serta mengekalkan budaya dan adat resam Melayu yang diwarisi turun-temurun.
Sehubungan itu, Muslim Care Malaysia Society (MCM) kini memerlukan sekurang-kurangnya RM100,000 lagi bagi menyiapkan tiga madrasah tersebut agar anak-anak ini dapat kembali menyambung pengajian mereka.
Tiga madrasah yang terlibat ialah:
📍 Madrasah An-Nurul Hidayah, Kampung Hulu, Bokpyin
📍 Madrasah At-Tarbiyah Al-Islamiyyah, Kampung Sungai Siput, Bokpyin
📍 Madrasah Hadiqatul Ulum Ad-Diniyyah Al-Islamiyyah, Kampung Pasir Putih, Bokpyin
Ketiga-tiga madrasah ini terletak di kawasan perkampungan masyarakat Melayu Islam di pedalaman Tanah Sari, Selatan Myanmar. Dalam serba kekurangan, madrasah menjadi institusi penting bagi memastikan pendidikan Islam serta identiti masyarakat Melayu Islam terus terpelihara untuk generasi akan datang.
Alhamdulillah, hasil sumbangan rakyat Malaysia melalui MCM sebelum ini sebanyak RM70,000, pembinaan ketiga-tiga madrasah berjaya dimulakan dan kini telah mencapai antara 50 hingga 70 peratus siap.
Namun, perjalanan untuk menyiapkan pembinaan bukanlah mudah.
Presiden MCM, Haji Zulkifli Wahijan, yang meninjau sendiri perkembangan projek itu baru-baru ini berkata, pelbagai cabaran menyebabkan proses pembinaan mengambil masa lebih panjang daripada yang dirancang.
> "Antara cabaran utama ialah karenah birokrasi, lokasi madrasah yang sangat terpencil serta kenaikan harga bahan binaan. Malah, ada kawasan yang tidak boleh dimasuki lori kerana jalan berlumpur sehingga bahan binaan hanya tiba dua hingga tiga bulan selepas tempahan dibuat," katanya.
Menurut beliau, Madrasah An-Nurul Hidayah kini memerlukan RM40,000 lagi untuk menyiapkan lantai, siling, longkang dan tandas.
Sementara itu, Madrasah At-Tarbiyah Al-Islamiyyah memerlukan RM30,000 lagi selepas pembinaannya tertangguh hampir enam bulan akibat menunggu kelulusan pihak berkuasa tempatan.
Manakala Madrasah Hadiqatul Ulum Ad-Diniyyah Al-Islamiyyah, yang kini hampir 70 peratus siap, masih memerlukan RM30,000 lagi bagi menyiapkan lantai dan pembinaan tandas sebelum dapat digunakan sepenuhnya.
> "Sudah enam bulan pengajian hampir 200 murid di tiga madrasah ini tertangguh. MCM merayu sumbangan rakyat Malaysia bagi menyiapkan pembinaan supaya mereka dapat kembali belajar seperti biasa," rayu Haji Zulkifli.
Allah SWT berfirman:
> "Perumpamaan orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah adalah seperti sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai; pada setiap tangkai terdapat seratus biji. Dan Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang Dia kehendaki."
(Surah al-Baqarah: 261)
Setiap ringgit yang diwakafkan hari ini bukan sekadar menyempurnakan sebuah bangunan, bahkan menjadi sedekah jariah yang berterusan melalui setiap ayat al-Quran yang dibaca, setiap ilmu yang diajarkan dan setiap amal soleh yang lahir daripada madrasah ini.
🤲 Ayuh bersama Muslim Care Malaysia Society (MCM) membantu menyiapkan tiga buah madrasah ini. Semoga hampir 200 murid dapat kembali menyambung pengajian mereka secepat mungkin. Jangan biarkan mereka terus menunggu untuk kembali ke kelas. Hulurkan sumbangan anda hari ini.
Salurkan sumbangan anda:
Maybank
5644 9041 3882
Muslim Care Malaysia Society
RHB Islamic Bank
26212 00000 4747
Pertubuhan Penyayang Islam Malaysia
📌 Rujukan Pembayaran: MADRASAH TANAH SARI
Slip Infaq / Pertanyaan:
☎️ Hotline: 011-1087 1087
☎️ Johari: 016-997 8323
☎️ Safuan: 013-488 6447
☎️ Zuriati: 019-204 9434
#MuslimCareMalaysia #MadrasahTanahSari #Myanmar #SedekahJariah #WakafPendidikan #BinaGenerasiAlQuran #InfaqFiSabilillah
Penyumbang Terkini
-
Zulkifli Wahijan
RM200, 15 jam yang lepas
-
Haslina Jabil
RM10, 1 hari yang lepas
-
abc
RM10, 5 hari yang lepas
-
Mohd Zail Arish bin Mohd Yusof
RM10, 1 minggu yang lepas
-
Alia
RM10, 1 minggu yang lepas
-
Muhammad Hafidz bin Rosli
RM20, 1 minggu yang lepas
-
AMIR AMSYAR BIN ANUAR
RM4, 1 minggu yang lepas
-
Joon jiann
RM10, 1 minggu yang lepas
-
Hairul Kamal Asri
RM50, 1 minggu yang lepas
-
Norkiah Othman
RM100, 1 minggu yang lepas