RM 5,674

terkumpul dari RM 200,000

13 Penyumbang, 10 hari lagi

INFAQ SEKARANG

TABUNG BANTUAN USTAZ YUSAINI PEMINDAHAN BUAH PINGGANG

Kita Bantu Ustaz Yussaine, Allah Bantu Kita..Insyaallah


Penyakit buah pinggang kronik yang sekian lama ditanggung pendakwah, Ustaz Yussaine Yahya kini memerlukan solusi terakhir untuk merawatnya iaitu pemindahan buah pinggang (kidney transplant).

Itulah bentuk rawatan yang dicadangkan pakar perubatan kepada Mudir Pusat Tahfiz MATIN di Kangar Perlis itu untuk memastikan keadaan kesihatannya bertambah baik.

Sebelum ini, Ustaz Yussaine yang dikategorikan menghidap sakit buah pinggang kronik tahap 5 telah menjalani pelbagai jenis rawatan, baik secara klinikal mahupun tradisional,

Sehubungan itu, Muslim Care Malaysia (MCM) membuka peluang kepada orang ramai untuk menghulurkan sumbangan bagi menanggung kos rawatan dan pembedahan Ustaz Yussaine yang keseluruhannya berjumlah RM200,000.


Jumlah itu merangkumi kos rawatan pra pembedahan untuk beliau dan juga isteri yang bakal mendermakan buah pinggang, kos pembedahan dan kos rawatan selepas pembedahan yang tempohnya boleh berlarutan sehingga satu tahun.


Pembedahan pemindahan buah pinggang itu dijadual dilakukan pada April atau Mei 2026. 


“Sesiapa yang membantu seorang Muslim dalam kesusahan di dunia, Allah akan membantunya dalam kesusahan pada hari kiamat, dan sesiapa yang meringankan (beban) seorang Muslim yang sedang kesulitan, Allah akan meringankan (bebannya) di dunia dan akhirat.” (HR Muslim).

Penyumbang Terkini

  • Aishah
    RM50, 1 jam yang lepas
  • Joon jiann
    RM10, 15 jam yang lepas
  • Muhammad Syafiq bin Abu Bakar
    RM10, 18 jam yang lepas
  • Aminudin Afip
    RM200, 19 jam yang lepas
  • Salina Safiullah
    RM5000, 19 jam yang lepas
  • AIDIYAZMAN BIN AHMAD YAZID
    RM20, 1 hari yang lepas
  • Irda Lokman
    RM50, 1 hari yang lepas
  • Rosli
    RM100, 1 hari yang lepas
  • Izzah Ahmad
    RM100, 1 hari yang lepas
  • AMIR AMSYAR BIN ANUAR
    RM4, 1 hari yang lepas
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia