SUSU 4 GAZA
Bayangkan anak kecil anda kehausan, dan tiada setitik pun susu untuk diberi. Ini adalah realiti yang dihadapi oleh ibu-ibu di Gaza. Seorang ibu Palestin, penuh kesedihan, terpaksa memberi bayinya menghisap kurma kerana bekalan susu hampir tiada. Setiap langkah yang diambilnya ke farmasi, hanya kekosongan yang ditemui. Tidak ada susu, tidak ada pilihan. Situasi ini semakin hari semakin meruncing sejak serangan Zionis Israel yang tidak berkesudahan.
Bantuan kemanusiaan ke Gaza telah berkurang 50% sejak Februari 2024.
Adakah kita mampu duduk diam melihat ini berlaku? Anak-anak di sana sangat memerlukan kita. Mereka sedang kehausan, dan kita di sini mempunyai peluang untuk mengubah nasib mereka.
Muslim Care Malaysia Society melancarkan kempen “Susu Untuk Gaza”, dengan matlamat mengumpul RM1 Juta untuk membeli susu dan membantu anak-anak yang tidak bersalah ini. Sehingga kini, RM4.6 juta telah berjaya disalurkan untuk rakyat Gaza, termasuk makanan panas dan keperluan harian. Namun, krisis ini masih belum berakhir.
Muslim Care Malaysia Society juga telah membina Perkampungan Malaysia As Sumuod Camp di Gaza, memberikan perlindungan sementara kepada lebih dari 200 keluarga, lengkap dengan surau dan tenaga solar.
Kini, Muslim Care Malaysia Society menyeru anda, untuk membantu menyelamatkan nyawa anak-anak ini. Setiap ringgit yang anda dermakan adalah titisan susu yang mereka perlukan.
Semoga amalan kita ini menjadi saksi di akhirat kelak. Insya-Allah.
Penyumbang Terkini
-
Nana
RM50, 4 jam yang lepas
-
FATIMAH ZAHARA BINTI ABDULLAH
RM5, 5 jam yang lepas
-
Nurliana Salehuddin
RM100, 6 jam yang lepas
-
Mardiana
RM10, 6 jam yang lepas
-
Azhar Bin Ishak
RM50, 7 jam yang lepas
-
Alia
RM20, 8 jam yang lepas
-
Nuzhah Md Razi
RM50, 8 jam yang lepas
-
FATIMAH ZAHARA BINTI ABDULLAH
RM5, 1 hari yang lepas
-
Raden Ain Nabilah
RM50, 1 hari yang lepas
-
Alia
RM30, 1 hari yang lepas