RM 165

terkumpul dari RM 49,979

6 Penyumbang, 17 hari lagi

INFAQ SEKARANG

NIGERIA, PENDIDIKAN ISLAM PENYULUH JALAN...


Terpesona kami melihat tersergam indah beberapa blok bangunan dua tingkat di celah-celah kediaman masyarakat Nigeria yang dibina hasil sumbangan rakyat Malaysia melalui Muslim Care Malaysia (MCM).


Di sebalik kemegahan bangunan Maahad Darull Itqaan ini ada yang berkorban segalanya demi pendidikan anak-anak yang terdedah kepada pendidikan rasmi yang menjurus kepada dakyah kristian. 


Alhamdulillah Madrasah ini menjadi sekolah pilihan untuk anak-anak sekitar daerah tersebut mendapat pendidikan Islam dan akedemik secara sempurna dan menjadi penyuluh jalan kepada kehidupan berteraskan Islam.


“Terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana menaja pembangunan Madrasah ini akan tetapi sekali lagi kami merayu kepada seluruh umat Islam untuk membantu kami untuk terus beroperasi. Ada ketika gaji guru-guru tak mampu kami bayar dan ada yang masih tertunggak tetapi kami redha demi mendidik anak-anak ini.” kata Ustaz Ibrahim selaku Mudir Madrasah dengan nada mengharap. 


Harapan disampaikan ketika Timbalan Presiden MCM, Tuan Mohd Johari melawat sekolah tersebut pada bulan Zulhijjah yang lalu.


*Kos pengurusan Madrasah ini mencecah RM100k untuk tempoh empat bulan bagi menampung kos gaji guru-guru dan juga bil-bil utiliti.*


"Sebak menyelubungi diri sebaik melihat kesungguhan para guru yang mengajar dengan alat bantuan yang terhad serta gaji yang tidak menentu. Demikianlah mujahadah mereka demi masa depan anak-anak umat Islam di Nigeria.” kata Timbalan Presiden MCM. 


إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثٍ: صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ


"Jika seorang manusia meninggal, terputuslah amalnya, kecuali dari tiga hal: sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang berdoa untuknya." 

(Hadith Riwayat Muslim)


Marilah sama-sama kita bantu Maahad Darul Itqaan, Nigeria untuk mengumpul dana pendidikan dan pengurusan agar proses pengajaran dapat berjalan lancar.


Salurkan sumbangan anda melalui akaun dibawah.


Maybank 5644 9041 3882

Nama: Muslim Care Malaysia Society

Rujukan: Nigeria



Untuk slip infaq & pertanyaan:

Hotline: 011-1087 1087

Johari: 016-997 8323

Safuan: 013-488 6447

Suryana: 011-2194 1194

Zuriati: 019-204 9434


Muslim Care Malaysia Society,

Bantuan kemanusiaan Merentasi Sempadan

Tepat Pada Waktunya

Tepat Pada Sasaran


Semoga syurga yang indah buat semua penyumbang yang budiman. Insya-Allah.

Penyumbang Terkini

  • Haslina Jabil
    RM10, 2 hari yang lepas
  • MASINE MD TAP
    RM100, 3 hari yang lepas
  • Haslina Jabil
    RM10, 3 hari yang lepas
  • Azani Fahzan Bin Mohamed Saburi
    RM25, 6 hari yang lepas
  • Haslina Jabil
    RM10, 6 hari yang lepas
  • Haslina Jabil
    RM10, 1 minggu yang lepas
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia