RM 28,679

terkumpul dari RM 1,000,000

240 Penyumbang, 22 hari lagi

INFAQ SEKARANG

MISI MALAYSIA AID 2 SYRIA

KEMERDEKAAN SYRIA, RAKYAT PERLUKAN BANTUAN

Kemerdekaan telah dikurniakan Allah kepada penduduk Syria dan seluruhnya menyambutnya dengan bertakbir tanda pembebasan dan kemenangan menumbangkan rejim yang zalim.

Dianggarkan setakat 23 December 2024 seramai lebih 25,000 orang pelarian yang berada di Turkiye telah kembali ke tanah air mereka bagi menjejaki saudara mara yang mungkin masih hidup. Tidak kurang juga yang pulang ke tanah air mereka bagi mulakan hidup baharu. Namun realitinya tidak semudah impian mereka.

Dengan suasana politik dan ekonomi yang masih rapuh, sangat sukar untuk masyarakat kembali memulakan hidup baharu. Pastinya sangat memerlukan kepada bantuan yang pelbagai. Tanpa pekerjaan, modal, kelengkapan harian bukanlah permulaan yang mudah buat mereka.

Muslim Care Malaysia (MCM) bersama rakan kerjasama Maktabah al-Bakri, Muslim Volunteer Malaysia (MVM), Klinik Zenmed, Richiamo Coffee, PPIM, Sumbangan.com, Harmoni Prihatin dan Zahafiz Travel & Tours Sdn Bhd akan berlepas ke Syria dan menjayakan Misi Malaysia Aid 2 Syria penghujung Januari 2025.

Sejumlah RM 1 Juta disasarkan dalam usaha menjayakan misi kali ini. Bantuan berbentuk bekalan makanan ruji, perubatan, pakaian musim sejuk dan pemeriksaan kesihatan menjadi keutamaan dalam misi kali ini.

Rasulullah SAW meriwayatkan yang bermaksud, “Aku melihat seorang lelaki yang mendapatkan kenikmatan di syurga kerana sebatang pohon yang dipotongnya di atas jalan kerana dibimbangi akan mengganggu orang lain.” 

(Hadith Riwayat Muslim)

Setiap kebaikan walau sekecil mana pun tetap akan diganjari Allah dengan syurga. Maka marilah kita berlumba-lumba menyumbang untuk saudara kita di Syria

Teruskan bersama Muslim Care Malaysia, Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.

Tepat Pada Waktunya.Tepat Pada Sasaran.

Penyumbang Terkini

  • Zaid
    RM200, 6 hari yang lepas
  • Lisa
    RM100, 6 hari yang lepas
  • -
    RM6, 1 minggu yang lepas
  • Adlil
    RM20, 1 bulan yang lepas
  • Radiana
    RM10, 1 bulan yang lepas
  • Abdullah
    RM10, 1 bulan yang lepas
  • NURHASYIMAH BINTI MOHAMAD ALI
    RM500, 1 bulan yang lepas
  • izy jamal
    RM10, 1 bulan yang lepas
  • Nazirah Zahidah Zahari
    RM10, 1 bulan yang lepas
  • Hajar
    RM10, 1 bulan yang lepas
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia