RM 460

terkumpul dari RM 50,000

15 Penyumbang, 132 hari lagi

INFAQ SEKARANG

MISI DAKWAH KEBAJIKAN PULAU MABUL

KETIKA LAUT MENJADI RUMAH, BIARKAN IMAN JADI PELITA

MISI DAKWAH & KEBAJIKAN PULAU MABUL, SABAH


Jauh di perairan Semporna, Sabah, terbentang gugusan pulau-pulau kecil yang menjadi rumah kepada pelbagai etnik, antaranya komuniti Pala'u atau Bajau Laut. Sebahagian besar mereka hidup di atas rumah perahu yang dipanggil lepa, manakala sebahagian lagi telah menetap secara kekal di rumah pangsa binaan kayu yang didirikan di atas air cetek berhampiran pantai.


Kehidupan yang terpisah dari daratan ini turut menyukarkan komuniti tersebut untuk mengakses pendidikan Islam dan kemudahan asas yang sewajarnya, walaupun mereka telah menetap di perairan Sabah sejak beberapa generasi lalu.


Insya-Allah, Muslim Care Malaysia Society (MCM) akan sekali lagi turun menyantuni masyarakat di Pulau Mabul dan Pulau Kulapuan. Misi kali ini turut disertai 35 orang pelajar dari Universiti Sains Islam Malaysia-Darul Quran (USIM-DQ), yang akan bersama-sama melaksanakan aktiviti dakwah dan kebajikan secara langsung di lapangan.


Antara program yang dirancang ialah ziarah kebajikan dari rumah ke rumah, Kenduri Rakyat, agihan pek makanan kepada 400 keluarga, program pengajian al-Quran untuk kanak-kanak dan dewasa, serta sesi perkongsian berkaitan isu Palestin bagi memupuk kesedaran ummah terhadap saudara seagama di luar sana.


MCM telah menyantuni komuniti di kawasan ini sejak hampir 10 tahun lalu, membina hubungan yang erat dengan penduduk tempatan. Kehadiran MCM di pulau ini bukan sekadar bantuan sekali lalu, tetapi kesinambungan usaha dakwah dan kebajikan yang telah terjalin sejak sedekad lalu.


Justeru, kami menyeru sokongan anda bagi menjayakan misi ini dengan sasaran kutipan RM50,000, agar lebih ramai saudara kita di Pulau Mabul dan Pulau Kulapuan dapat menerima bantuan, ilmu dan dakwah yang mereka nantikan sekian lama.


Allah SWT berfirman:


> "Perumpamaan orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah adalah seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji."


(Surah al-Baqarah: 261)


💳 SALURKAN SUMBANGAN ANDA:


Maybank

5644 9041 3882

MUSLIM CARE MALAYSIA SOCIETY


RHB Islamic Bank

26212 00000 4747

PERTUBUHAN PENYAYANG ISLAM MALAYSIA


Rujukan: *PULAU MABUL*


📲 Turut boleh menyumbang melalui DuitNow QR yang tertera pada poster.


*Slip & Info:*

Hotline: 011 1087 1087

Johari: 016 997 8323

Safuan: 013 488 6447

Zuriati: 019 204 9434


Insya-Allah, dengan sumbangan anda, kita dapat bersama-sama membawa bantuan, ilmu dan dakwah kepada masyarakat yang memerlukan.


#MuslimCareMalaysiaSociety

#MisiDakwahDanKebajikan

#PulauMabul #PulauKulapuan

#Sabah #BantuanKemanusiaanMerentasiSempadan


Penyumbang Terkini

  • Haslina Jabil
    RM10, 23 jam yang lepas
  • Mohd Zail Arish bin Mohd Yusof
    RM10, 3 hari yang lepas
  • Hasri mustafa
    RM20, 3 hari yang lepas
  • Hasri mustafa
    RM20, 3 hari yang lepas
  • Hasri mustafa
    RM50, 6 hari yang lepas
  • Mohd Rahim Bin Jaafar
    RM10, 6 hari yang lepas
  • Mohamad Rosli Othman
    RM10, 6 hari yang lepas
  • Nik Kamaliah Binti Nik Abdullah
    RM30, 6 hari yang lepas
  • Johari Jamil
    RM10, 6 hari yang lepas
  • Abd Rahman bin Jailani
    RM20, 6 hari yang lepas
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia