RM 513

terkumpul dari RM 30,000

10 Penyumbang, 87 hari lagi

INFAQ SEKARANG

MISI DAKWAH, KEBAJIKAN & KESIHATAN CHIANG RAI THAILAND

SAMPAIKAN KASIH, SEMAIKAN HIDAYAH : Misi Dakwah, Kebajikan & Kesihatan Chiang Rai 2026


Insya-Allah pada 20 hingga 26 Oktober 2026, Muslim Care Malaysia Society (MCM) bersama PERKIM Kebangsaan dan PAPISMA akan melaksanakan Jaulah Dakwah & Kebajikan ke Daerah Mae Fa Luang, Chiang Rai, Thailand.


Misi ini akan menyantuni komuniti Suku Kaum Bukit Hmong dan Akha yang tinggal di kawasan pergunungan dan pedalaman. Dalam sejarah dan tradisi masyarakat ini, kepercayaan asal mereka banyak berkait dengan kepercayaan terhadap roh dan amalan shamanisme, walaupun hari ini terdapat juga dalam kalangan mereka yang menganut agama lain.


Matlamat program ini adalah untuk mendekati seramai mungkin kelompok masyarakat orang asli di sana, menyampaikan keindahan Islam melalui dakwah bil hikmah, kebajikan dan khidmat kesihatan, serta mengajak mereka mendekatkan diri kepada Islam. Bagi mereka yang mempunyai latar belakang Islam, usaha ini juga diharapkan menjadi jalan untuk kembali menghayati ajaran Islam.


Allah SWT berfirman:

ادْعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ

"Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik."

(Surah an-Nahl: 125)


Antara pengisian misi:


•⁠ ⁠Agihan pek makanan kepada keluarga sasaran  

•⁠ ⁠Kenduri Rakyat dengan sembelihan 3 ekor lembu  

•⁠ ⁠Pemeriksaan kesihatan percuma bersama PAPISMA  

•⁠ ⁠Program berkhatan percuma kepada kanak-kanak yang telah mencapai usia bersesuaian

•⁠ ⁠Santunan kepada anak-anak madrasah dan keluarga mereka


🎯 SASARAN INFAQ: RM30,000


Mungkin kita tidak dapat sampai ke perkampungan mereka, tetapi infaq kita boleh sampai.


Ayuh ambil bahagian dalam usaha ini. Sedikit daripada kita mungkin menjadi sebab sebuah keluarga mengenali keindahan Islam.


💳 Maybank

5644 9014 3882  

Muslim Care Malaysia Society


💳 RHB Islamic Bank  

26212 00000 4747  

Pertubuhan Penyayang Islam Malaysia


Rujukan: DAKWAH CHIANG RAI


📲 Slip & Info: 

Hotline: 011-1087 1087  

Johari: 016-997 8323  

Safuan: 013-488 6447  

Zuriati: 019-204 9434


Imbas QR dan tunaikan infaq anda sekarang.


Sampaikan kasih. Semai hidayah.

Jadilah sebahagian daripada usaha dakwah ini.

Penyumbang Terkini

  • Abdul Aziz Abdul Rahman
    RM33, 5 jam yang lepas
  • NORHAYATI BINTI NORE
    RM20, 3 hari yang lepas
  • Mohd Noor Bin Mohamad
    RM20, 3 hari yang lepas
  • Zakiah
    RM100, 3 hari yang lepas
  • Mohamad Rosli Othman
    RM10, 3 hari yang lepas
  • Hamba Allah
    RM50, 3 hari yang lepas
  • Kalshum binti Mohd Yusof
    RM100, 3 hari yang lepas
  • Nik Kamaliah Binti Nik Abdullah
    RM30, 3 hari yang lepas
  • Norfidah Mohammad
    RM50, 3 hari yang lepas
  • Habib harakah
    RM100, 3 hari yang lepas
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia