RM 535

terkumpul dari RM 50,000

16 Penyumbang, 258 hari lagi

INFAQ SEKARANG

MISI DAKWAH & KEBAJIKAN KEMBOJA: MEMBINA IMAN, MENYANTUNI UMMAH

​Cahaya Islam di bumi Kemboja terus mekar bersinar. Sejak tahun 2006, Muslim Care Malaysia telah memulakan langkah dengan membina sebuah masjid di Kampung Chenang yang kini menjadi nadi ibadah, pusat ilmu, dan simbol penyatuan ummah.


Hingga ke saat ini, masjid tersebut terus berfungsi sebagai mercu tanda yang memberi manfaat besar buat seluruh komuniti Islam setempat.


​Alhamdulillah, hasil usaha dakwah dan kebajikan yang konsisten, hampir 200 saudara baru telah menerima hidayah dan memeluk Islam di bumi Kemboja. Sebagai manifestasi kasih sayang dan pembelaan buat mereka, MCM turut membina Rumah Mualaf di Kampung Cham yang telah dirasmikan oleh SS Mantan Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr. Haji Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri.


​Namun, perjuangan murni ini belum menemui titik noktah. Masih ramai yang mendambakan bimbingan, sokongan, dan perhatian kita semua. Insya-Allah, MCM tekad meneruskan agenda dakwah dan kebajikan ini.


Muslim Care Malaysia akan bermisi dakwah dan kebajikan ke bumi Kemboja pada hujung April. Kami menyasarkan dana sebanyak *RM50,000* melalui program-program yang disusun dengan tujuan:


● Menyantuni masyarakat Islam dengan penuh ihsan.

● ​Memperkukuh akidah dan kefahaman Islam yang syumul.

● ​Mengeratkan ukhuwah sesama saudara seakidah.

● ​Membantu kelangsungan hidup mualaf dan kebajikan komuniti yang daif.


Selain itu, bantuan perubatan kepada komuniti yang memerlukan turut disediakan bagi membantu mereka yang terbeban dengan kos ubatan yang tinggi serta kesukaran akses ke pusat bandar."


​Rasulullah SAW bersabda:

"Sesiapa yang menunjukkan kepada kebaikan, maka baginya pahala seperti orang yang melakukannya." (HR Muslim)


​Inilah peluang keemasan untuk kita menjadi asbab hidayah dan pemangkin perubahan hidup mereka. Kami menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk berdiri teguh bersama menjayakan misi ini. Setiap sumbangan anda adalah sinar harapan yang amat bermakna buat mereka di Kemboja.


​Salurkan sumbangan anda sekarang:


​Maybank: 564490413882

Muslim Care Malaysia Society


​RHB Islamic Bank: 2621200004747

Pertubuhan Penyayang Islam Malaysia


​Rujukan: KEMBOJA

https://muslimcaremalaysiasociety.com/ms/kempen


​📞 Hotline: 011 1087 1087

📞 Johari: 016 997 8323

📞 Safuan: 013 488 6447

📞 Zuriati: 019 204 9434


​Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan

Tepat Pada Waktunya, Tepat Pada Sasaran.


#MisiKemboja

#DakwahTanpaSempadan

#MuslimCareMalaysia

#SahamAkhirat #BahuUntukUmmah

Penyumbang Terkini

  • Hasri mustafa
    RM30, 2 hari yang lepas
  • Mohd Zail Arish bin Mohd Yusof
    RM10, 2 hari yang lepas
  • Hasri mustafa
    RM20, 2 hari yang lepas
  • Hasri mustafa
    RM30, 4 hari yang lepas
  • Joon jiann
    RM10, 4 hari yang lepas
  • Zetty Saffian
    RM10, 6 hari yang lepas
  • Sharifah madznah syed mohamed
    RM50, 6 hari yang lepas
  • Husna
    RM20, 6 hari yang lepas
  • Nazirah Abdul Halim
    RM100, 6 hari yang lepas
  • Nik Kamaliah Binti Nik Abdullah
    RM30, 6 hari yang lepas
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia