HADIRNYA ASNAF DI SEKELILING KITA BUKAN SIA-SIA
Golongan fakir, miskin dan asnaf dihadirkan Allah SWT berada di sekeliling kita bukan sia-sia dan tanpa sebab. Hadirnya mereka adalah satu kesempatan untuk kita yang diberi kelebihan rezeki oleh Allah SWT menuai pahala dalam mencari kebahagiaan hakiki di alam abadi. Oleh itu, amat rugilah kita jika melihat asnaf sebagai bebanan dan golongan terpinggir. Dan, beruntunglah insan yang bermurah hati menghulurkan sebahagian wang ringgit mereka untuk membantu golongan asnaf.
Alhamdulillah, Muslim Care Malaysia (MCM) sejak penubuhannya lebih 20 tahun lalu sehingga kini terus istiqamah menyantuni golongan kurang bernasib baik ini melalui Dana Kasih Asnaf.
Antara bantuan diagihkan kepada asnaf di seluruh negara ialah bakul makanan mengandungi pelbagai jenis barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, gula, garam, kicap, jus dan lain-lain.
Turut diagihkan ialah peralatan untuk bersolat iaitu telekung, tudung, kain pelikat, kopiah dan sejadah sera kit kebersihan diri iaitu sabun mandi, syampu, berus dan ubat gigi.
Sedikit perkongsian rezeki daripada anda, insyaAllah akan dibalas Allah SWT dengan ganjaran yng tidak terhitung nilainya di akhirat kelak.
Allah SWT berfirman:
“Perumpamaan orang yang membelanjakan hartanya di jalan Allah adalah seperti sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai itu pula seratus biji.” (Surah Al-Baqarah: 261)
Salurkan infak anda ke akaun bank Muslim Care Malaysia Society berikut:
1.5644 9041 3882 (Maybank)
2.26212 00000 4747 (RHB Islamic)
Rujukan: KASIH ASNAF