DANA WAKAF TANAH KUBUR UNITED KINGDOM
Al-EMAAN ISLAMIC CENTRE PERLUKAN KUBUR
Islam merupakan agama kedua terbesar di United Kingdom dengan 2,400,000 (atau 4.0% jumlah penduduk) adalah Muslim dan menjadi pilihan ramai di sana.
Antara lokasi yang mempunyai ramai umat Islam ialah di Bromleh, Kent, UK dimana sebuah gereja kini bertukar menjadi Pusat Islam dan sangat bermanfaat buat masyarakat Islam setempat.
Pusat Islam ini menjadi pilihan umat Islam sekitar dan pernah direkodkan jemaah yang hadir mencecah 1000 orang di bulan Ramadan dan sekurang-kurangnya 600 jemaah hadir setiap minggu di Pusat Islam ini menunaikan solat Jumaat dan pelbagai aktiviti telah dijalankan di Pusat Islam dalam usaha memanfaatkan sepenuhnya fasiliti yang ada. Antaranya ialah halaqah remaja secara mingguan, pengurusan jenazah, majlis akad nikah, forum, usrah, sesi kaunseling bagi yang memerlukan dan kuliah agama.
Namun pertambahan populasi umat Islam terdapat keperluan untuk mewujudkan tanah perkuburan dan sebagai langkah ke arah itu pihak pengurusan masjid telah melancarkan dana wakaf khusus untuk pembelian tanah yang akan menjadi perkuburan Islam.
Rasulullah SAW bersabada yang bermaksud:
”Apabila telah mati seorang manusia, maka terputuslah baginya pahala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya.”
(Hadith Riwayat Muslim)
Muslim Care Malaysia menerima permohonan dan mengambil tanggungjawab atas nama persaudaraan Islam dan mengajak kepada semua umat Islam yang ada lebihan rezeki untuk berwakaf untuk pembelian tanah kubur.
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.
Tepat Pada Masanya.Tepat Pada Sasaran.
Penyumbang Terkini
-
AMIR AMSYAR BIN ANUAR
RM5, 1 bulan yang lepas
-
Suryati Adnan
RM200, 1 bulan yang lepas
-
Wan Mohd Azhar
RM10, 1 bulan yang lepas
-
Zaimah NaMTiLA
RM100, 2 bulan yang lepas
-
Abbas Khan bin Najibullah Khan Abbas Khan
RM10, 2 bulan yang lepas
-
Wan Mohd Azhar
RM10, 2 bulan yang lepas
-
Wan Mohd Azhar
RM10, 2 bulan yang lepas
-
Hasri mustafa
RM20, 2 bulan yang lepas
-
Wan Mohd Azhar
RM10, 2 bulan yang lepas
-
Wan Zuhairah binti Wan Ali
RM90, 2 bulan yang lepas