RM 1,108

terkumpul dari RM 50,000

29 Penyumbang, 132 hari lagi

INFAQ SEKARANG

DANA WAKAF ALAT PERUBATAN BAGI ASNAF YANG MEMERLUKAN

WAKAF ALAT PERUBATAN, RINGANKAN UJIAN GOLONGAN ASNAF


Kesihatan ialah nikmat yang tidak ternilai. Namun, apabila seseorang diuji dengan penyakit kronik, terlantar atau kehilangan keupayaan untuk bergerak, keluarga bukan sahaja berdepan tekanan emosi, malah perlu menanggung kos penjagaan dan peralatan perubatan yang tinggi.


Malaysia juga sedang menuju ke arah masyarakat menua. Menurut sumber Jabatan Perangkaan Malaysia, pada tahun 2025, penduduk berusia 65 tahun dan ke atas telah meningkat kepada 8.0 peratus, berbanding 7.6 peratus pada tahun sebelumnya. Perubahan ini menunjukkan bahawa keperluan terhadap penjagaan pesakit, bantuan mobiliti dan peralatan sokongan kesihatan akan terus meningkat.

Bagi sesetengah keluarga asnaf, pendapatan yang ada hanya mencukupi untuk makanan dan keperluan asas. Mereka tidak mampu menyediakan katil hospital, kerusi roda, alat bantuan berjalan, susu khas serta pelbagai keperluan penjagaan pesakit.


Bagi kita, sebuah katil hospital mungkin sekadar peralatan. Namun, bagi pesakit yang terpaksa berbaring di atas lantai, ia memberikan keselesaan, keselamatan dan maruah. Sebuah kerusi roda pula mampu membantu pesakit bergerak serta mengurangkan beban ahli keluarga yang menjaganya.


“Terima kasih Muslim Care kerana bermurah hati mewakafkan katil hospital untuk kegunaan suami saya. Kalau tidak, entah sampai bila suami saya perlu terbaring di atas lantai,” kata salah seorang waris penerima manfaat.


Justeru, Muslim Care Malaysia Society melancarkan Dana Wakaf Alat Perubatan dengan sasaran kutipan sebanyak RM50,000 bagi membantu golongan asnaf yang memerlukan.


Allah SWT berfirman:

“Kamu tidak sekali-kali akan mencapai kebajikan yang sempurna sebelum kamu mendermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi.”

(Surah Ali ‘Imran, ayat 92)


Ayuh, wakafkan sebahagian rezeki kita untuk menyediakan alatan dan keperluan perubatan kepada mereka yang sedang diuji. Sumbangan anda mungkin menjadi sebab seorang pesakit dapat berehat dengan lebih selesa, bergerak dengan lebih mudah dan menerima penjagaan yang lebih baik.


Salurkan sumbangan melalui kod QR DuitNow pada poster atau akaun berikut:


Maybank

5644 9041 3882

Muslim Care Malaysia Society


RHB Islamic Bank

26212 00000 4747

Pertubuhan Penyayang Islam Malaysia


Rujukan: WAKAF PERUBATAN


Semoga setiap sumbangan dan sedekah jariah yang diberikan menjadi asbab dipermudahkan segala urusan, dilimpahkan rezeki, dikurniakan kesihatan serta memperoleh ganjaran yang terus mengalir daripada Allah SWT.


Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.

Tepat pada waktunya. Tepat pada sasaran.

Penyumbang Terkini

  • Mohd Zail Arish bin Mohd Yusof
    RM10, 2 hari yang lepas
  • Haslina Jabil
    RM10, 5 hari yang lepas
  • Joon jiann
    RM10, 5 hari yang lepas
  • Izzaty
    RM10, 1 minggu yang lepas
  • Haslina Jabil
    RM30, 1 minggu yang lepas
  • Muhammad Hafidz bin Rosli
    RM10, 1 minggu yang lepas
  • Joon jiann
    RM10, 1 minggu yang lepas
  • AMIR AMSYAR BIN ANUAR
    RM4, 1 minggu yang lepas
  • Joon jiann
    RM10, 1 minggu yang lepas
  • NOREHAN MOHD NOH
    RM100, 1 minggu yang lepas
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia