
DANA WAKAF AL-QURAN
AL-QURAN ITU CAHAYA, PENAWAR HATI DAN PETUNJUK HIDUP.
Masih ramai saudara kita yang tidak memiliki mushaf Al-Quran sendiri. Ada anak-anak di pedalaman Sabah dan Sarawak berkongsi satu mushaf untuk seluruh kelas. Ada keluarga miskin hanya membaca mushaf lama yang lusuh dan koyak.
Bayangkan… di sebuah perkampungan kecil di Afrika, ada anak-anak tahfiz yang duduk beralaskan tanah, berbaris di hadapan guru mereka. Suasana sunyi, hanya kedengaran suara mereka membaca ayat demi ayat suci Al-Quran.
Tetapi yang menyedihkan… mereka tidak memegang mushaf di tangan. Sebaliknya, mereka menulis ayat-ayat Al-Quran di atas papan kayu dengan kapur putih, lalu menghafalnya. Apabila penuh tulisan itu, mereka akan basuh papan tersebut dan menulis semula. Beginilah cara mereka menjaga Al-Quran dalam hati, kerana mereka tidak mampu memiliki mushaf.
Mereka belajar dengan penuh semangat, walaupun dalam serba kekurangan. Cinta mereka pada Al-Quran begitu besar, tetapi mushaf tetap tiada di sisi mereka.
Ayuh bantu mereka...
Kenapa Perlu Wakaf Al-Quran?
1. Sedekah jariah yang tidak terputus.
- Setiap huruf yang dibaca akan mengalirkan pahala kepada pewakaf walaupun kita sudah tiada.
2. Dapat menyelamatkan generasi daripada buta huruf Al-Quran
- Anak-anak yang membaca mushaf wakaf anda akan menjadi pewaris Islam.
3. Menjadikan benteng iman umat Islam
- Al-Quran adalah kekuatan rohani yang melahirkan generasi yang teguh menghadapi cabaran.
Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila mati seorang anak Adam, maka terputuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, atau anak soleh yang mendoakannya.”
(HR Muslim)
Wakaf Al-Quran adalah sedekah jariah terbaik, pahalanya kekal mengalir tanpa henti.
Setiap mushaf yang anda wakafkan akan menjadi cahaya untuk pembaca, dan menjadi saham pahala abadi untuk anda.
Marilah kita bersama-sama menghulurkan sumbangan.
✨ Bayangkan, setiap kali mushaf wakaf anda dibuka, setiap huruf yang dilafazkan, setiap doa yang dipanjatkan, semuanya kembali kepada anda sebagai pahala yang tidak pernah terhenti.
Ingat Wakaf Al-Quran, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.
Tepat Pada Masa.
Tepat Pada Sasaran.
Penyumbang Terkini
-
Joon jiann
RM20, 6 hari yang lepas
-
Joon jiann
RM20, 1 minggu yang lepas
-
Mohamad
RM10, 1 minggu yang lepas
-
Raziffah Abdul Rahman
RM300, 1 minggu yang lepas
-
Haslina Jabil
RM20, 1 minggu yang lepas
-
Muhammad Hafidz bin Rosli
RM20, 1 minggu yang lepas
-
Rahimi bin Ab Wahab
RM200, 1 minggu yang lepas
-
Zulkifli Wahijan
RM50, 1 minggu yang lepas