RM 4,815

terkumpul dari RM 100,000

78 Penyumbang, 1 hari lagi

INFAQ SEKARANG

DANA UNTUKMU SISWA

Maggi, biskut kering dan roti bagaikan makanan ruji anak muda yang sedang berjuang di medan ilmu. 

Peritnya hidup andai memilih untuk terus belajar menyebabkan kini semakin ramai memilih untuk terus bekerja dan melupakan impian belajar tinggi di menara gading. 

Sampai bila kita hanya mahu berpeluk tubuh melihat seorang demi seorang anak muda memilih untuk tidak sambung belajar hanya kerana kekangan kewangan? Yang kental mahu sambung belajar pula terpaksa mengikat perut setiap hari sambil menghitung baki wang yang masih ada. 

Muslim Care Malaysia (MCM) memandang ini sebagai suatu perkara yang sangat kritikal dan perlu dibantu. 

Tuan Hj Zulkifli Wahijan, Presiden MCM dalam ucapannya menyatakan, "Mengikut kemampuan Muslim Care Malaysia, kita akan cuba membantu mereka yang tidak mendapat bantuan zakat atau mana-mana organisasi lain." 

Ilmu adalah cahaya penyuluh dalam kehidupan manusia. Dengan ilmu, ia dapat membimbing manusia ke arah kebaikan serta mengeluarkan diri manusia daripada kegelapan dan kejahilan kepada cahaya dan kebenaran.

Marilah kita terus kuat berpaut sesama kita dan berganding bahu membantu anak-anak muda harapan negara dan agama untuk terus berjaya .


Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.

Tepat Pada Sasaran.

Tepat Pada Waktunya.

Penyumbang Terkini

  • Amirah
    RM10, 2 bulan yang lepas
  • MOHAMED ARIFF BIN JAAFAR SIDEK
    RM50, 6 bulan yang lepas
  • Amirah
    RM20, 7 bulan yang lepas
  • Suhainah Wahiduddin
    RM5, 7 bulan yang lepas
  • S.Diana N.
    RM10, 7 bulan yang lepas
  • Abu
    RM20, 7 bulan yang lepas
  • Hamba Allah
    RM50, 7 bulan yang lepas
  • HambaAllah
    RM25, 7 bulan yang lepas
  • Nurul akhmar
    RM300, 7 bulan yang lepas
  • Hanann
    RM20, 8 bulan yang lepas
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia