DANA SEKOLAH AL-FARABI KEMBOJA
SEKOLAH SIAP TANPA KERUSI MEJA
Dianggarkan lebih daripada 20,000 orang Islam tinggal di sekitar daerah Tboung Khmum.
Namun, ramai umat Islam di Kemboja tidak mendapat pendidikan agama yang formal disebabkan kekangan kewangan.
Hasil sumbangan Tuan Puan semua, kita telah berjaya menyiapkan sebuah kompleks 2 tingkat yang mempunyai 8 buah kelas. Dianggarkan lebih daripada 500 pelajar akan menerima manfaat dengan kewujudan kelas-kelas yang akan diadakan nanti.
Bagi merealisasikan impian anak-anak Islam ini, sama-sama kita menyumbang untuk melengkapkan kelengkapan dalam kelas seperti meja, kerusi, papan hitam, kipas, lampu dan sistem pendawaian yang baik.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
Maksudnya: “Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya."
(Riwayat Muslim, al-Nasa’i, al-Tirmizi dan Abu Daud)
Ayuh bersama Muslim Care Malaysia, kita bantu anak-anak di Tboung Khmum mendapat pendidikan agama yang lebih baik.
Ingat Sedekah Jariah,Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.
Penyumbang Terkini
-
Klrga ros
RM20, 1 hari yang lepas
-
ABC
RM30, 1 hari yang lepas
-
Mohamad Zakir Abd Rashid
RM1000, 1 hari yang lepas
-
Norlis binti A.Rahman
RM30, 1 hari yang lepas
-
Norfidah bt mohammad
RM30, 1 hari yang lepas
-
Zarah binti Mat Said
RM100, 2 hari yang lepas
-
SITI ZAHARIA MAPAK
RM10, 4 hari yang lepas
-
Abbas Khan bin Najibullah Khan Abbas Khan
RM10, 5 hari yang lepas
-
Mulya
RM100, 5 hari yang lepas
-
Alia
RM30, 5 hari yang lepas