
DANA PERALATAN PERUBATAN
BANTUAN MERINGANKAN UJIAN KESIHATAN
Setuju atau tidak kesihatan merupakan harta yang paling mahal? Namun ada sesetengah daripada golongan asnaf diuji dengan kesihatan. Apa yang diperlukan oleh mereka bukanlah bantuan makanan untuk terus hidup. Tetapi kos alatan perubatan seperti katil hospital, kerusi roda dan susu yang harganya tidak mampu untuk dibeli.
Muslim Care Malaysia menerima banyak permohonan bantuan peralatan perubatan seperti katil dan kerusi roda. Bagi tempoh setahun yang lalu sebanyak 2,090 jumlah penerima manfaat dana peralatan perubatan daripada Muslim Care Malaysia telah diagihkan pada tahun 2023.
Alangkah bagusnya kalau kita dapat wakafkan alat perubatan ni untuk mereka yang memerlukan dan tidak berkemampuan.
“Terima kasih Muslim Care kerana bermurah hati mewakafkan katil hospital untuk kegunaan suami saya. Kalau tak tahu sampai bila nak terbaring diatas lantai ni” kata seorang waris kepada penerima manfaat wakaf ini.
Firman Allah SWT yang bermaksud,
"Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi."
Mari bersama-sama kami dalam membantu golongan asnaf yang diuji dengan masalah kesihatan sehingga mampu membahayakan nyawa mereka yang kritikal.
Rebutlah peluang sedekah kepada mereka di pautan ini
Semoga setiap jariah dan sumbangan yang dilakukan akan menjadi asbab kepada seribu kebaikan dan keampunan daripada Allah.
Amin.
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.
Tepat pada waktunya.
Tepat pada sasaran.
Penyumbang Terkini
-
AMIR AMSYAR BIN ANUAR
RM10, 1 minggu yang lepas
-
AMIR AMSYAR BIN ANUAR
RM10, 2 minggu yang lepas
-
arman
RM50, 2 minggu yang lepas
-
Meg
RM55, 1 bulan yang lepas
-
Mohamed Asri bin Harun
RM10, 1 bulan yang lepas
-
MOHAMED BEDRULZAMAN BIN MOHAMED BASIR
RM50, 4 bulan yang lepas
-
Yasmin
RM100, 4 bulan yang lepas
-
Saodah Md Akif
RM80, 5 bulan yang lepas
-
-
RM100, 5 bulan yang lepas
-
-
RM15, 6 bulan yang lepas