DANA PEMBINAAN RUMAH PESAKIT KANSER, BIDONG KEDAH
Rumah Untuk Puan Sofiah pesakit kanser.
Di sebuah rumah usang di Bedong, Kedah…
En. Ismail dan isterinya, Pn. Sofiah meneruskan kehidupan dalam serba kekurangan bersama 10 orang anak dan cucu.
Lebih menyayat hati, Pn. Sofiah kini sedang bertarung dengan kanser paru-paru manakala suami beliau En Ismail mengalami masalah pendengaran. Kini kehidupan harian mereka bergantung kepada anak2 yang bekerja kampung dan ibuayah ini dijaga oleh salah seorang anak yang kini berkhidmat sebagai bilal muda di masjid kampung tersebut.
Dalam keadaan kesihatan yang semakin lemah, mereka masih tinggal di rumah lama yang uzur, sempit dan tidak lagi selamat didiami.
Atap yang bocor, dinding yang reput serta ruang yang terlalu terhad menjadi ujian harian buat keluarga ini. Namun kerana kekangan kewangan, mereka tidak mampu membaiki apatah lagi membina rumah yang lebih sempurna.
Kini… satu-satunya harapan mereka adalah ihsan daripada orang ramai dan hasrat tersebut disampaikan kepada Muslim Care Malaysia Soceity ketika menziarahi keluarga tersebut.
Atas rasa tanggungjawab kemanusiaan, Muslim Care Malaysia Society telah mengambil tanggungjawab untuk menggerakkan usaha mengumpul dana bagi pembinaan rumah baharu buat keluarga ini agar mereka dapat menjalani kehidupan dengan lebih selesa dan bermaruah.
Sasaran kutipan: RM80,000
Kos ini meliputi pembinaan sebuah rumah yang lebih selamat, selesa dan sesuai untuk didiami oleh seluruh keluarga mereka.
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada manusia lain.”
(HR Ahmad)
📌 Salurkan sumbangan anda sekarang:
🏦 Maybank
5644 9041 3882
(Muslim Care Malaysia Society)
🏦 RHB Islamic Bank
26212 00000 4747
(Pertubuhan Penyayang Islam Malaysia)
📍 Rujukan: Rumah Pesakit Kanser
📞 Hotline: 011 1087 1087
📞 Johari: 016 997 8323
📞 Safuan: 013 488 6447
📞 Zuriati: 019 204 9434
Ayuh bersama menjadi asbab sebuah keluarga mendapat tempat berteduh dan beribadah yang lebih baik.
Mungkin bagi kita nilainya kecil… tetapi bagi mereka, ia adalah sinar harapan untuk meneruskan kehidupan.
#MuslimCareMalaysia
#DanaRumahPesakitKanser
#JomBantu
#MisiKemanusiaan
Penyumbang Terkini
-
Hasri mustafa
RM20, 17 jam yang lepas
-
Muhammad Hafidz bin Rosli
RM10, 1 hari yang lepas
-
Normah
RM100, 2 hari yang lepas
-
Hamba Allah
RM5, 2 hari yang lepas
-
Hasri mustafa
RM30, 2 hari yang lepas
-
Muhammad Hafidz bin Rosli
RM10, 2 hari yang lepas
-
sofiah binti ismail
RM5, 4 hari yang lepas
-
Mohd Zail Arish bin Mohd Yusof
RM10, 4 hari yang lepas
-
Noridah Hussin
RM100, 5 hari yang lepas
-
Haslina Jabil
RM10, 5 hari yang lepas