RM 3,997

terkumpul dari RM 90,000

66 Penyumbang, 31 hari lagi

INFAQ SEKARANG

DANA PEMBINAAN RUMAH NAZERI JUNOH

AYAH BUTA, IBU STROK, ANAK OKU PERLUKAN TEMPAT BERTEDUH


Bayangkan... seorang suami, hilang penglihatan akibat masalah saraf.

Isterinya pula, terbaring lumpuh akibat strok.

Sembilan orang anak, salah seorangnya OKU.

Mereka tidak ada rumah, tidak ada kerja tetap, dan tidak ada pendapatan.


Kini, keluarga ini hanya menumpang kasih di rumah ibu mentua yang juga serba daif. Rumah kecil itu terlalu sempit, terlalu usang, dan terlalu sesak untuk dihuni bersama keluarga sebesar ini.


Walaupun mereka tidak pernah mengeluh, namun sanggupkah kita biarkan mereka terus tinggal menumpang begitu?

Mereka hanya mahu satu perkara, sebuah rumah kecil untuk berteduh. Hasrat mereka telah disampaikan melalui wakil MCM di Terengganu, Ustaz Wan Azhar.


“ Ustaz tolonglah kami, cukuplah kalau dapat sebuah rumah kecil untuk berlindung, rumah ni uzur sangat” rayu En Nazri


Muslim Care Malaysia(MCM) menyeru semua untuk sama-sama bantu kita bina rumah buat En Nazri sekeluarga. Bukan rumah mewah tetapi rumah yang selamat, sederhana, dan bermaruah.

Sasaran dana yang perlu dicapai untuk menjayakan rumah ini ialah RM90,000.


"Barang siapa yang meringankan kesusahan seorang mukmin di dunia, Allah akan ringankan kesusahannya pada hari kiamat."

(Hadith Riwayat Muslim)


Kita tidak mampu ubah segalanya, tetapi kita mampu jadi asbab perubahan hidup mereka. Semoga setiap jariah yang disumbangkan akan menjadi saksi kebaikan dan jariah yang akan membantu kita di mahsyar nanti.


Amin.


Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.

Tepat Pada Waktu.

Tepat Pada Sasaran.

Penyumbang Terkini

  • Mohd Zail Arish bin Mohd Yusof
    RM10, 3 jam yang lepas
  • Joon jiann
    RM20, 22 jam yang lepas
  • Rozaimi Zainuddin
    RM30, 1 minggu yang lepas
  • Muhammad Hafidz bin Rosli
    RM10, 1 minggu yang lepas
  • Hasri mustafa
    RM20, 1 minggu yang lepas
  • Mohd Zail Arish bin Mohd Yusof
    RM10, 1 minggu yang lepas
  • hamdan
    RM10, 1 minggu yang lepas
  • Mohamed
    RM5, 1 minggu yang lepas
  • Muhammad Hafidz bin Rosli
    RM10, 1 minggu yang lepas
  • Ratna Razali
    RM50, 1 minggu yang lepas
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia