RM 4,535

terkumpul dari RM 173,000

86 Penyumbang, 22 hari lagi

INFAQ SEKARANG

DANA PEMBELIAN VAN ANAK YATIM MUALAF

SEGALANYA DEMI ANAK-ANAK AHLI AL QURAN

Anak- anak yatim, miskin, mualaf dan orang asal di Madrasah Tahfiz Firdausi Al Warisi adalah pelajar-pelajar yang sedang menghafal Al Quran dan bakal menjadi mukjizat bergerak. Seramai 30 orang pelajar di sini dididik untuk menjadi peneraju institusi Al Quran di tempat masing-masing kelak.

Belajar secara percuma dengan kemudahan terbaik telah melahirkan pelajar-pelajar yang sangat cantik akhlaknya. Sungguh tenang apabila memasuki halaman Madrasah tersebut dengan disambut anak-anak berjubah putih lengkap berserban. Dalam ketenagan suasana di sini, mereka sebenarnya berdepan dengan masalah pergerakan untuk pergi menunaikan solat Jumaat dan aktiviti lain apabila van wakaf yang dimiliki telah mengalami kerosakan dan sangat tidak berbaloi untuk dibaiki kerana kos yang sangat tinggi. 

Bagi mengatasi masalah ketiadaan kenderaan, pihak pengurusan Madrasah telah berhutang untuk semata-mata untuk membeli sebuah van baru dengan harga RM170,000.00. Sehubungan itu, atas rasa simpati diatas kesungguhan pihak Madrasah dalam memastikan serta memudahkan para pelajar untuk menunaikan solat Jumaat dan beraktiviti, Muslim Care Malaysia mengambil tanggungjawab untuk membantu mengumpul dana bagi pembelian van yang diperlukan.

“Saya rela lakukan apa sahaja demi memastikan para pelajar yang ada diantara mereka adalah anak-anak yatim, miskin, mualaf dan orang asal mampu terus mendalami ilmu Al-Quran di sini” kata pengasas Madrasah Ustaz Firdaus.

Ayuh bersama kami, kita bantu mengumpul dana bagi tujuan pembelian van Madrasah yang semestinya menjadi wakaf terbaik dan bermafaat yang berpanjangan.

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.

Tepat Pada Waktunya, Tepat Pada Sasaran.

Penyumbang Terkini

  • ani talib
    RM10, 3 hari yang lepas
  • Ahmad Shahir bin Saleh
    RM20, 5 hari yang lepas
  • NORWANI BINTI UDIN
    RM10, 1 minggu yang lepas
  • Shuhaila Ahmad
    RM100, 1 minggu yang lepas
  • Hasri mustafa
    RM20, 1 minggu yang lepas
  • Mustaza bin Jamaluddin
    RM30, 1 minggu yang lepas
  • ArifRamli
    RM25, 1 minggu yang lepas
  • Haslina Jabil
    RM20, 1 minggu yang lepas
  • Hasri mustafa
    RM20, 1 minggu yang lepas
  • Mohamad Zakir Abd Rashid
    RM300, 2 minggu yang lepas
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia