DANA PEMBELIAN BEKAS GEREJA JADI MASJID
INFAQ RAMADAN UNTUK BELI GEREJA, JADI MASJID DI BRAZIL
Ramadan semakin ke penghujung. Amat rugi jika tempoh berbaki tidak dimanfaatkan untuk menuai pahala sebanyak mungkin.
Ayuh salurkan infaq kepada Muslim Care Malaysia (MCM) untuk membeli sebuah bekas gereja bagi dijadikan masjid buat kegunaan komuniti Islam di Brazil.
Presiden MCM, Tuan Haji Zulkifli Wahijan berkata pihaknya memerlukan RM1 juta untuk membeli bekas gereja itu yang terletak di bandar Imbituba, Santa Caterina, Brazil.
“InsyaAllah masjid baru itu nanti boleh digunakan lebih 200 keluarga Islam di tiga daerah iaitu Imbituba, Laguna dan Tubarao di Santa Catarina, Brazil,” katanya.
Menurutnya, pada masa ini penduduk Islam di situ terpaksa berkereta sejauh lebih 80 kilometer ke Florianopolis untuk menunaikan solat Jumaat.
Anak kapal dan pekerja pelabuhan yang terletak tidak sampai tiga kilometer dari situ, turut boleh memanfaatkan masjid yang bakal didirikan kelak.
Haji Zulkifli berkesempatan meninjau lokasi bekas gereja itu pada 18 Mac 2024 sempena misi Dakwah dan Bantuan Ramadan MCM di Brazil.
Katanya, bangunan bekas gereja itu berkeluasan 2,323 kaki persegi dan luas kawasannya 6,000 kaki persegi.
“Selain pusat ibadah, ia akan turut menyediakan kelas Bahasa Portugis serta pusat maklumat untuk imigran Islam dari Palestin, Syria serta negara Afrika yang baru berhijrah ke situ.
“Sekarang mereka terpaksa ke gereja kerana di situ ada kelas Bahasa Portugis dan lain-lain khidmat rujukan secara percuma,” katanya.
Bagaikan air sungai yang sentiasa mengalir tidak putus, begitulah ganjaran buat mereka yang menyumbang.
Segala amal kebajikan yang dilakukan pasti akan dibalas oleh Allah SWT, sebagaimana firman-Nya:
وَمَا تُقَدِّمُوا لأِنْفُسِكُمْ مِنْ خَيْرٍ تَجِدُوْهُ عِنْدَ اللهِ هُوَ خَيْرًا وَّأَعْظَمَ أَجْرًا.
Yang bermaksud: “Dan (ingatlah) apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya di sisi Allah sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya.”
(Surah Al-Muzzammil: 20)
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.
Tepat pada waktunya.
Tepat pada sasaran.
Penyumbang Terkini
-
Sharul Azli
RM100, 1 jam yang lepas
-
Hamba Allah
RM300, 3 jam yang lepas
-
Sharifah
RM500, 5 jam yang lepas
-
Mohamad Zakir Abd Rashid
RM300, 2 hari yang lepas
-
Salina Mohd Sofian
RM100, 2 hari yang lepas
-
Muhamad Zazimi Bin Asmawi
RM100, 2 hari yang lepas
-
Hasri mustafa
RM50, 2 hari yang lepas
-
Muhammad Hafidz bin Rosli
RM100, 2 hari yang lepas
-
Muhammad zubir
RM500, 3 hari yang lepas
-
Wan Mohd Azhar
RM10, 3 hari yang lepas