RM 1,290

terkumpul dari RM 100,000

17 Penyumbang, 268 hari lagi

INFAQ SEKARANG

DANA PEMBANGUNAN SYRIA

DANA PEMBANGUNAN SYRIA

MEMBINA SEMULA KEHIDUPAN, MENGEMBALIKAN HARAPAN


Selepas lebih satu dekad peperangan, Syria berdepan kemusnahan yang amat besar dengan nilai kerosakan ekonomi dianggarkan mencecah USD 400 – 530 bilion menurut Bank Dunia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.


Lebih 50% infrastruktur negara musnah atau rosak teruk, manakala lebih 13 juta rakyat Syria masih memerlukan bantuan kemanusiaan untuk meneruskan kehidupan.


Konflik turut menjejaskan sektor kesihatan apabila lebih 50% fasiliti hospital dan klinik rosak atau tidak lagi berfungsi, dengan anggaran 350 hingga 600 kemudahan kesihatan telah diserang sepanjang peperangan.


Kerosakan juga melibatkan kemudahan asas awam apabila lebih 50% sistem air dan sanitasi rosak, manakala grid elektrik di bandar utama seperti Aleppo, Homs dan Raqqa musnah teruk, menjejaskan kehidupan harian masyarakat.


Dalam aspek perumahan, lebih 1.2 juta rumah musnah sepenuhnya, dan jutaan lagi rosak, menyebabkan jutaan keluarga hidup dalam keadaan tidak selamat serta serba kekurangan.


Dana Pembangunan Syria ini diwujudkan bagi membantu usaha pemulihan semula lebih 400 buah masjid yang rosak akibat peperangan, selain memperkukuh sektor pendidikan melalui pelaksanaan program pertukaran pelajar dan perkongsian kepakaran akademik antara universiti di Malaysia dan Syria.


Usaha ini bukan sekadar membina semula bangunan, tetapi membina kembali jati diri, ilmu dan masa depan generasi Syria yang terkesan akibat konflik berpanjangan.


Muslim Care Malaysia komited untuk terus menyokong pembangunan semula Syria, khususnya dalam memperkukuh pendidikan dan kebajikan masyarakat yang terjejas.


Sabda Rasulullah ﷺ:


"Sesiapa yang membina masjid kerana Allah, nescaya Allah akan membina baginya sebuah rumah di syurga."

(Riwayat Bukhari & Muslim)


Inilah peluang kita merebut ganjaran berlipat ganda pada malam-malam akhir Ramadan.


Muslim Care Malaysia merayu para penderma budiman untuk turut sama berinfaq dalam kempen Dana Pembangunan Syria ini.


📌 Sasaran kutipan: RM100,000


Maybank

5644 9047 6661

(Muslim Care Malaysia Society)


RHB Islamic Bank

26212 00000 4747

(Pertubuhan Penyayang Islam Malaysia)


atau Imbas DuitNow QR di Poster!


📌 Rujukan: Pembangunan Syria


slip & info lanjut hubungi :-

📞 Hotline Infaq: 011-1087 1087

📞 Johari: 016-997 8323

📞 Safuan: 013-488 6447

📞 Zuriati: 019-204 9434


Hari ini mereka kehilangan tempat ibadah, pendidikan dan kehidupan yang stabil.Namun dengan infaq kita, harapan itu masih boleh dibina semula.


Jom rebut peluang berinfaq pada malam-malam terakhir Ramadan. Setiap sumbangan yang dihulurkan berpotensi dilipatgandakan ganjarannya, bahkan mungkin menjadi saksi amal kita pada malam Lailatul Qadar yang lebih baik daripada seribu bulan.


Jangan biarkan peluang ini berlalu tanpa kita menyumbang sesuatu buat saudara kita di Syria.

Penyumbang Terkini

  • Haslina Jabil
    RM10, 3 hari yang lepas
  • Arifah nadiah bt ahmad
    RM50, 3 hari yang lepas
  • Umair Abdullah
    RM100, 4 hari yang lepas
  • Ainul
    RM50, 6 hari yang lepas
  • Haslina Jabil
    RM10, 6 hari yang lepas
  • Haslina Jabil
    RM10, 1 minggu yang lepas
  • Haslina Jabil
    RM10, 1 minggu yang lepas
  • Fatin Syazana
    RM30, 1 minggu yang lepas
  • Hasri mustafa
    RM20, 1 minggu yang lepas
  • Hamba Allah
    RM10, 2 minggu yang lepas
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia