RM 150

terkumpul dari RM 55,000

6 Penyumbang, 72 hari lagi

INFAQ SEKARANG

DANA NAIK TARAF MADRASAH TANAH SARI

SEBAK! SEKOLAH DI TANAH SARI SEPERTI TAHUN 1960-an

Tanah Sari di Selatan Myanmar terdapat ribuan keluarga Melayu Muslim hidup dalam suasana terkebelakang 30 tahun berbanding kita di Malaysia. Menelusuri kehidupan harian dengan serba kekurangan. Dalam serba kekurangan, mereka berjuang mempertahankan aqidah, budaya, Bahasa Melayu dan yang paling penting pendidikan walaupun dihimpit kemiskinan dan kekangan hidup.

Muslim Care Malaysia (MCM) kembali dengan membawa qurban dan juga sinar harapan. Malah kali ini, MCM hadir dengan tujuan membawa bantuan pembangunan prasarana pendidikan yang kebanyakannya telah beroperasi hampir 20 tahun.

Walaupun sudah 20 tahun beroperasi, kondisi madrasah di sini sangatlah daif.

Tiada siling, tiada lantai simen. Hanya anyaman nipah dan tanah merah yang setia menemani perjalanan ilmu mereka. Sekali imbas, bagaikan bangunan uzur dan takkan menyangka ada sekumpulan anak sedang belajar di dalamnya.

Namun bagi mereka, itulah yang termampu bagi memastikan anak-anak mereka tidak hilang jati diri dan tenggelam dalam himpitan kejahilan. Mereka tetap hadir duduk bersila, mengaji dan menulis di atas pangkuan kerana bagi mereka, ilmu itu cahaya yang akan menyelamatkan mereka didunia yang mencabar ini.

“Tengoklah sekolah anak-anak kami, tak macam sekolah tapi setakat ni saja yang kami mampu” kata Ustaz Salehuddin Musa , salah seorang yang terlibat dalam mendidik anak-anak bangsa Melayu di Bokpyan sambil menunjuk kepada bangunan salah sebuah sekolah di Kg Sungai Siput, Bokpyan yang sangat dhoif.

Misi Qurban & Kebajikan ke Tanah Sari @ Bokpyan untuk kali ini amatlah dinantikan oleh masyarakat setempat yang mana kami juga akan memfokuskan kepada pembangunan prasarana pendidikan yang dilihat terlalu dhoif.

Antaranya adalah pembangunan beberapa buah Madrasah yang menjadi tempat kepada anak-anak Melayu Islam di Tanah Sari yang setia hadir menadah ilmu dari seorang ustaz. Mereka ketinggalan dan tidak punya akses kepada pendidikan formal lain tetapi apa yang istimewa di sini, Bahasa Melayu dan tulisan jawi adalah keutamaan mereka.

Sempena 9 Zulhijjah tahun ini, marilah sama-sama kita bantu naik taraf madrasah sebagai tanda kebersamaan dalam memastikan cahaya iman dan ilmu sentiasa berterusan menyinari anak-anak di Tanah Sari. Sasaran dana diperlukan ialah sebanyak RM55,000 untuk naik taraf struktur beberapa buah madrasah antaranya dinding batu, lantai simen, dan ruang pembelajaran yang kondusif.

Sabda Nabi Muhammad SAW:

"Apabila anak Adam mati, terputuslah amalannya kecuali tiga: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya."

(Hadith Riwayat Muslim)

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.

Tepat Pada Masa. Tepat Pada Sasaran.

Penyumbang Terkini

  • Joon jiann
    RM20, 2 minggu yang lepas
  • Mohd Azlin
    RM5, 2 bulan yang lepas
  • Hasri mustafa
    RM30, 2 bulan yang lepas
  • Laila Farhana
    RM20, 2 bulan yang lepas
  • Roslan Ramli
    RM50, 2 bulan yang lepas
  • Joon jiann
    RM25, 2 bulan yang lepas
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia