RM 2,023

terkumpul dari RM 50,000

43 Penyumbang, 22 hari lagi

INFAQ SEKARANG

DANA MISI KEBAJIKAN & DAKWAH TBOUNG KHMUM, KEMBOJA

Menjejak kaki ke kawasan kampung di bumi Kemboja seolah-olah mengimbau suasana di Malaysia pada zaman 70-an.

Dalam kesederhanaan kehidupan, mereka sentiasa menyambut baik setiap kebaikan dan kebajikan yang dihantar oleh rakyat Malaysia.

" Muslim Care Malaysia antara NGO terawal yang telah berdakwah di Kemboja. Pada 2006 kita telah mendirikan sebuah masjid di Kampung Chenang yang telah memberi manfaat sehingga hari ini," penuh kesyukuran Tuan Haji Zulkifli Wahijan, Presiden Muslim Care berkongsi maklumat.

Sebuah sekolah rendah juga telah dibina pada tahun 2012 di kampung yang sama. Seramai 150 pelajar telah berdaftar dan mengikuti kelas di sekolah ini.

Terbaharu, sebuah sekolah menengah sedang dibina dan dijangkakan siap dalam masa terdekat. Insya-Allah.

Bagi melengkapkan prasarana sekolah ini, Muslim Care Malaysia membuka peluang kepada orang ramai untuk sama-sama menyumbang dalam misi terkini yang dijadualkan pada hujung Ogos 2024. 

Sebanyak RM50,000 diperlukan bagi menjayakan majlis jamuan serta sumbangan untuk membantu fakir miskin dan juga mempersiapkan prasarana sekolah menengah baharu yang dibina.

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

يَسْــئَلُوْنَكَ مَا ذَا يُنْفِقُوْنَ ۗ قُلْ مَاۤ اَنْفَقْتُمْ مِّنْ خَيْرٍ فَلِلْوَا لِدَيْنِ وَا لْاَ قْرَبِيْنَ وَا لْيَتٰمٰى وَا لْمَسٰكِيْنِ وَا بْنِ السَّبِيْلِ ۗ وَمَا تَفْعَلُوْا مِنْ خَيْرٍ فَاِ نَّ اللّٰهَ بِهٖ عَلِيْمٌ

"Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: "Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya)."

(Surah Al-Baqarah : 215)

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.

Tepat Pada Waktunya.

Tepat Pada Sasaran.

Penyumbang Terkini

  • Norhazirah
    RM60, 1 hari yang lepas
  • Abbas Khan bin Najibullah Khan Abbas Khan
    RM10, 3 minggu yang lepas
  • Nurul dayana
    RM20, 4 minggu yang lepas
  • MAZRINA BINTI ISMAIL
    RM200, 1 bulan yang lepas
  • Alia
    RM100, 1 bulan yang lepas
  • Nora Yatim
    RM50, 1 bulan yang lepas
  • Hasri mustafa
    RM20, 1 bulan yang lepas
  • Grup ODOS
    RM20, 1 bulan yang lepas
  • Azril
    RM150, 1 bulan yang lepas
  • Abdul Aziz Abdul Rahman
    RM50, 1 bulan yang lepas
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia