
DANA MISI DAKWAH & KEBAJIKAN SELATAN MYANMAR
TANAH SARI MENANTI DENGAN HARAPAN
Tanah Sari @ Bokpyan di Selatan Myanmar, ratusan keluarga Melayu Muslim hidup dalam suasana terkebelakang 30 tahun berbanding kita. Menelusuri kehidupan harian dengan serba kekurangan. Dalam pelosok desa terpencil, mereka berjuang mempertahankan aqidah dan budaya serta bahasa Melayu walaupun dihimpit kemiskinan dan kekangan hidup.
Muslim Care Malaysia (MCM) kembali dengan membawa sinar harapan, bukan hanya dengan bantuan makanan dan keperluan asas, tetapi juga dengan pembangunan prasarana pendidıkan yang menjadi keperluan semasa dan bimbingan rohani.
“Jangan lupa kami, nanti mai tengok lagi ya” kata Hj Ahmad salah seorang imam kepada kami dengan nada sayu sebelum kami berangkat pulang pada misi yang lepas.
Misi Dakwah & Kebajikan ke Tanah Sari @ Bokpyan untuk kali kedua ini amatlah dinantikan oleh masyarakat setempat yang mana kami juga akan mengadakan jamuan kepada penduduk kampung untuk mengeratkan silaturrahim disamping agihan bantuan pek makanan asas yang pasti akan menghadirkan kegembiraan kepada saudara kita di sana. Sebanyak RM 50,000 diperlukan bagi membantu saudara-saudara kita di sana.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud; “Sesungguhnya sedekahnya orang Muslim itu dapat menambah umurnya, dapat mencegah kematian yang buruk, Allah akan menghilangkan darinya sifat sombong, kefakiran dan sifat bangga pada diri sendiri”
(Hadis Riwayat al-Thabrani)
Dengan sumbangan serendah RM10, anda sudah membantu membawa cahaya ke dalam kehidupan mereka.
Setiap ringgit anda adalah saham akhirat yang berkekalan.
Teruskan bersama Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.
Tepat Pada Masanya. Tepat Pada Sasaran.
Penyumbang Terkini
-
Zaiti
RM7, 9 jam yang lepas
-
Joon jiann
RM20, 1 hari yang lepas
-
Hamba Allah
RM24, 5 hari yang lepas
-
Ainul
RM50, 1 minggu yang lepas
-
Suzana binti Satauddin
RM10, 1 minggu yang lepas
-
Ainul
RM50, 2 minggu yang lepas
-
Noorazizah Md Said
RM200, 2 minggu yang lepas
-
Joon jiann
RM20, 2 minggu yang lepas
-
Muhammad Hafidz bin Rosli
RM10, 2 minggu yang lepas
-
Hajar
RM10, 2 minggu yang lepas