RM 6,898

terkumpul dari RM 100,000

151 Penyumbang, 23 hari lagi

INFAQ SEKARANG

DANA KECEMASAN SUDAN

BANTUAN KECEMASAN: SELAMATKAN SUDAN


Sudan bergolak kembali, risiko berpecah jadi 2 negara


Konflik berterusan di Sudan yang tercetus sejak tahun 2023 masih belum menemui noktah. Di negeri Khartoum sahaja, antara April 2023 hingga Jun 2024, dilaporkan lebih 61,000 kematian dari semua sebab termasuk sekurang-kurangnya 26,000 nyawa terkorban akibat keganasan secara langsung.


Keadaan semakin parah apabila kebuluran dan krisis kesihatan melanda tanpa belas. Sistem perubatan lumpuh, bekalan makanan dan air bersih hampir tiada. Hampir 12 juta rakyat Sudan terpaksa menjadi pelarian di bumi sendiri, hidup dalam serba kekurangan, hanya mampu menanti bantuan yang tidak pasti bila akan tiba.

Inilah realiti sebahagian saudara seakidah kita hari ini โ€” terhimpit akibat ketiadaan makanan, minuman dan keperluan asas untuk terus hidup.

Atas dasar tanggungjawab kemanusiaan, Muslim Care Malaysia Society tampil mengambil peranan untuk menyalurkan bantuan daripada rakyat Malaysia kepada mereka yang terkesan teruk akibat konflik berpanjangan ini.


Lebih daripada sekadar bantuan dari jauh, Timbalan Presiden Muslim Care Malaysia sendiri akan turun ke lapangan bagi mengetuai Misi Kemanusiaan Sudan yang dijadualkan berlangsung pada:

๐Ÿ—“ 29 Januari 2026 โ€“ 6 Februari 2026


Kehadiran misi ini adalah untuk memastikan bantuan disampaikan secara terus, telus dan sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan โ€” khususnya pelarian, kanak-kanak, wanita dan mereka yang terpinggir akibat peperangan.

๐ŸŽฏ Sasaran dana: RM100,000, yang akan digunakan untuk:

โ€ข Pengedaran makanan dan air bersih kepada pelarian dan golongan terpinggir

โ€ข Sokongan perubatan kecemasan dan rawatan segera di zon konflik

โ€ข Bantuan khusus untuk kanak-kanak yang terdedah kepada malnutrisi dan penyakit

โ€ข Pengurusan logistik & keselamatan bagi memastikan bantuan sampai ke tangan yang berhak


Sabda Nabi ๏ทบ:

โ€Žู…ูŽุซูŽู„ู ุงู„ู’ู…ูุคู’ู…ูู†ููŠู†ูŽ ูููŠ ุชูŽูˆูŽุงุฏูู‘ู‡ูู…ู’ ูˆูŽุชูŽุฑูŽุงุญูู…ูู‡ูู…ู’ ูˆูŽุชูŽุนูŽุงุทูููู‡ูู…ู’ุŒ ู…ูŽุซูŽู„ู ุงู„ู’ุฌูŽุณูŽุฏูุŒ ุฅูุฐูŽุง ุงุดู’ุชูŽูƒูŽู‰ ู…ูู†ู’ู‡ู ุนูุถู’ูˆูŒุŒ ุชูŽุฏูŽุงุนูŽู‰ ู„ูŽู‡ู ุณูŽุงุฆูุฑู ุงู„ู’ุฌูŽุณูŽุฏู ุจูุงู„ุณูŽู‘ู‡ูŽุฑู ูˆูŽุงู„ู’ุญูู…ูŽู‘ู‰

โ€œPerumpamaan orang-orang beriman dalam kasih sayang, belas kasihan dan simpati mereka adalah seperti satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh merasa sakit, maka seluruh tubuh turut merasai dengan berjaga malam dan demam.โ€

(Hadis Riwayat al-Bukhฤrฤซ)


Hari ini, Sudan sedang โ€˜sakitโ€™.

Dan kita โ€” sebagai satu tubuh โ€” tidak boleh berpaling.

๐Ÿ’ณ Salurkan sumbangan anda melalui:

Maybank: 5644 9047 6677

Nama Akaun: Muslim Care Malaysia Society

Rujukan: SAVE SUDAN


Sedikit dari kita, besar ertinya buat mereka.

Kita mungkin tak mampu hentikan perang,

tapi kita mampu menyelamatkan nyawa.

Penyumbang Terkini

  • hafiez
    RM10, 2 jam yang lepas
  • Hasri mustafa
    RM20, 4 jam yang lepas
  • NURFARRAHIN BINTI ABDUL SHARIFF
    RM10, 4 jam yang lepas
  • Normah
    RM100, 18 jam yang lepas
  • Hamba Allah
    RM4, 22 jam yang lepas
  • Haslina Jabil
    RM10, 2 hari yang lepas
  • Muhamad Fakharuddin b Che Yusoff
    RM100, 2 hari yang lepas
  • Normah
    RM100, 3 hari yang lepas
  • Haslina Jabil
    RM20, 3 hari yang lepas
  • Haslina Jabil
    RM20, 4 hari yang lepas
ยฉ Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia