RM 1,250

terkumpul dari RM 100,000

8 Penyumbang, 101 hari lagi

INFAQ SEKARANG

DANA KECEMASAN BANJIR LEMBAH KLANG

BANJIR LEMBAH KLANG: AIR NAIK MENDADAK, HARTA BENDA MUSNAH


Air naik mendadak. Dalam sekelip mata, rumah ditenggelami air dan urusan harian terhenti. Perabot, tilam serta peralatan elektrik yang dikumpul sedikit demi sedikit kini rosak dan tidak lagi dapat digunakan.


Banjir yang melanda beberapa kawasan di Lembah Klang menyebabkan kediaman dinaiki air sehingga melebihi satu meter. Bagi keluarga yang terjejas, air surut hanyalah permulaan kepada kerja membersihkan rumah dan menggantikan keperluan yang musnah.


MUSLIM CARE MALAYSIA SOCIETY (MCM) MELANCARKAN DANA KECEMASAN BANJIR LEMBAH KLANG DENGAN SASARAN RM100,000.


Sumbangan anda akan membantu menyediakan:


• Pek makanan sedia dimakan (RTE) dan makanan segera.

• Kit kebersihan diri dan kediaman.

• Toto, bantal dan keperluan asas keluarga.

• Dapur Rakyat dengan kerjasama wakil tempatan untuk menyediakan makanan bermasak kepada mangsa banjir.


Dalam keadaan rumah masih berlumpur dan dapur belum dapat digunakan, sebungkus makanan serta tempat tidur yang bersih dapat meringankan kesusahan mereka.


Allah SWT berfirman:


وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ


“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa.”

— Surah al-Ma’idah, ayat 2


RM10, RM30, RM50 atau berapa sahaja sumbangan anda amat bermakna. Mari bersama membantu keluarga yang terjejas bangkit semula.


SALURKAN SUMBANGAN ANDA:


Maybank

Muslim Care Malaysia Society

5644 9041 3882


RHB Islamic Bank

Pertubuhan Penyayang Islam Malaysia

26212 00000 4747


Rujukan: BANJIR LK


Untuk maklumat lanjut dan penghantaran slip infaq:


Hotline: 011 1087 1087

Johari: 016 997 8323

Safuan: 013 488 6447

Zuriati: 019 204 9434


Semoga Allah membalas kebaikan para penyumbang dan mempermudah urusan setiap keluarga yang sedang diuji.


#MuslimCareMalaysia 

#DanaKecemasanBanjir 

#BanjirLembahKlang

Penyumbang Terkini

  • Anonymous
    RM50, 1 hari yang lepas
  • Masyitah
    RM1000, 6 hari yang lepas
  • Anonymous
    RM50, 1 minggu yang lepas
  • Mohd Zail Arish bin Mohd Yusof
    RM10, 1 minggu yang lepas
  • Joon jiann
    RM10, 1 minggu yang lepas
  • Anonymous
    RM50, 1 minggu yang lepas
  • Ahmad Fadzadi bin Zakaria
    RM30, 1 minggu yang lepas
  • Husnulbazli Bin Makhtar
    RM50, 1 minggu yang lepas
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia