RM 22,265

terkumpul dari RM 100,000

240 Penyumbang, 0 hari lagi

INFAQ SEKARANG

DANA KECEMASAN BANJIR ACEH

“Saat saudara kita ditelan banjir, jangan biarkan mereka ditelan kelaparan.” 


Korban banjir di Asia Tenggara, Sri Lanka lepasi angka 1,300 | BULETIN TV3  Malaysia


Sejak hujung November 2025, wilayah Aceh dilanda banjir besar dan tanah runtuh yang digambarkan penduduk “seumpama tsunami kedua”. Hujan lebat berpanjangan dan limpahan sungai menyebabkan ratusan kampung tenggelam, jalan utama terputus, dan seluruh daerah terasing daripada bantuan.


Menurut data terkini badan bencana Indonesia (BNPB), sehingga pagi Khamis, 4 Disember 2025, bencana banjir dan tanah runtuh di Sumatera telah meragut sekurang-kurangnya 776 nyawa, dan Aceh mencatat sekitar 277 korban meninggal serta 193 masih hilang – angka ini dijangka terus berubah kerana operasi mencari dan menyelamat masih berjalan.


Banjir di Aceh, Pemerintah Didorong Pulihkan Alam Pasca-bencana


Di Aceh sahaja, sekitar 449,000 orang masih berada di pusat pemindahan selepas rumah mereka musnah atau tidak lagi selamat untuk didiami. Jalan darat di beberapa kawasan seperti Bener Meriah, Aceh Tengah dan Aceh Utara terputus, menyukarkan penghantaran makanan, air bersih dan bantuan perubatan.


Di sebalik angka-angka ini, ada kisah ibu yang kehilangan anak, warga emas yang terputus bekalan ubat, dan anak kecil yang tidur di lantai simen yang sejuk dalam keadaan trauma dan kelaparan. Ada kawasan melaporkan penduduk tidak menerima bantuan mencukupi selama beberapa hari dan terpaksa minum air banjir yang keruh untuk meneruskan hidup.


Banjir Aceh: Doktor Malaysia Datang Bersama Ubat Yang Diperlukan | ZAYAN


Kami MCM menetapkan sasaran kutipan RM100,000 untuk Dana Kecemasan Banjir Aceh sebagai usaha segera menyediakan bantuan makanan, air bersih dan keperluan asas kepada mangsa yang sedang terdesak. Setiap sumbangan yang diberi bukan sahaja meringankan beban mangsa, tetapi menjadi amal jariah yang terus mengalir ganjarannya.


“Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya seperti dia mencintai dirinya sendiri” diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a. dari Nabi Muhammad ﷺ.”- Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim

Penyumbang Terkini

  • AIDIL
    RM50, 1 hari yang lepas
  • Bedariah binti Abdul Majid
    RM100, 4 hari yang lepas
  • FATIMAH ZAHARA BINTI ABDULLAH
    RM10, 1 minggu yang lepas
  • FATIMAH ZAHARA BINTI ABDULLAH
    RM10, 1 minggu yang lepas
  • Mohammad Shukri B.Mohd Shukri
    RM300, 2 minggu yang lepas
  • DATIN MARIAM BINTI S.NUTTER SHAH
    RM200, 2 minggu yang lepas
  • Muhammad Iskandar Fadzil
    RM10, 2 minggu yang lepas
  • FATIMAH ZAHARA BINTI ABDULLAH
    RM10, 2 minggu yang lepas
  • Ahmad Shahir bin Saleh
    RM50, 2 minggu yang lepas
  • MOHD ASRAF BIN ROHIM
    RM15, 2 minggu yang lepas
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia