RM 3,412

terkumpul dari RM 200,000

83 Penyumbang, 13 hari lagi

INFAQ SEKARANG

DANA JAMBATAN KG MANGKALINAU SANDAKAN

JAMBATAN JENAZAH PERLUKAN WAKAF KITA


Uzur, reput dan bergoyang, itulah kondisi jambatan yang digunakan untuk laluan mengangkat jenazah ke daratan di Kg Mangkalinau, Sandakan.

Terpaksa melangkah dengan penuh berhati-hati dibimbangi jatuh ke dalam air dan sangat berbahaya ketika kami menziarahi jeti bot jenazah yang kita sumbangkan sebelum ini. Tidak dapat digambarkan bagaimana keadaan yang ditempuhi mereka yang mengusung jenazah di daratan melalui jambatan usang tersebut.


Allah SWT berfirman yang bermaksud: 

”Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi."

(Surah al-Imran, ayat 92)


Ayuh kita laburkan sebahagian rezeki kurniaan Allah dengan berwakaf bagi membiayai projek yang pastinya akan menjadi jariah selamanya.

Sebanyak RM200,000 diperlukan bagi membina jambatan baru sepanjang 850 kaki untuk manfaat penduduk beberapa buah kampung di persisiran sungai dan penduduk setempat menguruskan membawa jenazah ke daratan dan memudahkan aktiviti harian penduduk setempat serta pelajar-pelajar yang belajar Al Quran yang menggunakan laluan yang sama.


Insya-Allah setiap sumbangan , wakaf dan jariah yang Tuan Puan salurkan akan menjadi pelindung Tuan Puan daripada seksaan api neraka.

Amin.


Teruskan Bersama Muslim Care Malaysia.

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.

Tepat Pada Waktunya.Tepat Pada Sasaran.

Penyumbang Terkini

  • Khairiyah binti Md Taib
    RM100, 1 minggu yang lepas
  • Muhammad Fahmi Mohd Izhab
    RM4, 1 minggu yang lepas
  • Nuraliah Maisarah
    RM5, 2 minggu yang lepas
  • Hazwan
    RM30, 2 minggu yang lepas
  • Abdul Aziz Abdul Rahman
    RM50, 2 minggu yang lepas
  • Alia
    RM10, 2 minggu yang lepas
  • Muhammad Fazdlie Omar
    RM10, 2 minggu yang lepas
  • Rozaini Jalil
    RM10, 3 minggu yang lepas
  • Alia
    RM10, 3 minggu yang lepas
  • Wan Mohd Azhar
    RM10, 3 minggu yang lepas
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia