RM 1,314

terkumpul dari RM 50,000

27 Penyumbang, 87 hari lagi

INFAQ SEKARANG

DANA BAIK PULIH RUMAH ASNAF

PULIH RUMAH, PULIH HARAPAN : DANA BAIK PULIH KEDIAMAN ASNAF


Di luar sana, masih ramai saudara kita yang hidup dalam rumah yang sudah tidak layak diami, bumbung bocor, dinding retak, lantai yang mula reput. Muslim Care Malaysia Society hadir untuk meringankan bebanan ini.


Bayangkan, setiap kali hujan turun, mereka bukan berehat dengan tenang, tapi sibuk mengalihkan bekas untuk menadah air yang menitik dari bumbung yang sudah berkarat. Anak-anak kecil terjaga tengah malam kerana sejuk angin yang menyeludup masuk dari dinding yang berlubang. Yang tua pula, dengan kaki yang semakin lemah, terpaksa berhati-hati melangkah di atas lantai yang sudah longgar, takut-takut tersungkur.


Inilah realiti yang dihadapi oleh sebahagian saudara kita, golongan asnaf yang bukan sekadar kekurangan wang, tetapi kekurangan tempat berteduh yang selamat dan selesa. Rumah yang sepatutnya menjadi tempat mereka berehat dan beribadah dengan tenang, kini menjadi punca kerisauan yang tidak berkesudahan.


Rasulullah SAW bersabda:
"Sesiapa yang meringankan satu kesusahan seorang mukmin di dunia, nescaya Allah akan meringankan kesusahannya pada hari kiamat."
(HR Muslim)


Menerusi Home2Live, projek kediaman amal Muslim Care Malaysia Society yang membina dan membaik pulih rumah golongan asnaf, fakir dan miskin di seluruh Malaysia, kali ini kami menumpukan usaha kepada Dana Baik Pulih Rumah Asnaf, untuk membantu rumah-rumah yang masih boleh diselamatkan, menukar bumbung yang bocor, membaiki lantai yang reput, dan menguatkan dinding yang nak runtuh. Bukanlah kami membaiki seluruh rumah, tetapi sekadar yang perlu untuk memastikan mereka boleh mendiami rumah dengan sempurna dan beribadah dengan tenang, tanpa perlu risau setiap kali hujan turun atau angin bertiup kencang.


Sasaran kami RM50,000, dengan anggaran tidak melebihi RM10,000 bagi setiap rumah.


Sumbangan tuan dan puan, sekecil mana pun, boleh menjadi jambatan kepada mereka untuk merasai ketenangan yang selama ini mereka rindukan. Bayangkan senyuman keluarga tersebut apabila bumbung yang bocor sudah tiada lagi, apabila mereka boleh tidur lena tanpa risau hujan lebat, apabila mereka boleh solat dengan tenang tanpa gangguan angin yang menusuk.


Jangan tunggu esok, jangan tunggu lusa. Setiap saat yang berlalu, mereka masih menahan kesukaran ini seorang diri.


Justeru, kami menyeru kepada tuan dan puan sekalian yang ada lebihan rezeki, zakat, infaq mahupun sedekah, hulurkan bantuan anda sekarang kepada Muslim Care Malaysia untuk usaha baik pulih rumah asnaf ini. Moga menjadi saham akhirat yang berpanjangan buat kita semua.


Salurkan sumbangan kepada:


Maybank

5644 9041 3882

Muslim Care Malaysia Society


RHB Islamic Bank

26212 00000 4747

Pertubuhan Penyayang Islam Malaysia


Rujukan: BAIKPULIH RMH ASNAF


📞 Hotline: 011-1087 1087

Johari: 016-997 8323

Safuan: 013-488 6447

Zuriati: 019-204 9434

Penyumbang Terkini

  • Mohd Zail Arish bin Mohd Yusof
    RM10, 3 jam yang lepas
  • Mohd Zail Arish bin Mohd Yusof
    RM10, 2 minggu yang lepas
  • Zackariah
    RM50, 2 minggu yang lepas
  • Joon jiann
    RM10, 2 minggu yang lepas
  • Joon jiann
    RM10, 2 minggu yang lepas
  • Mohd Zail Arish bin Mohd Yusof
    RM10, 2 minggu yang lepas
  • Joon jiann
    RM10, 2 minggu yang lepas
  • GRUP INFAQ ALBARAKAH KUCHING
    RM400, 3 minggu yang lepas
  • Joon jiann
    RM10, 3 minggu yang lepas
  • Mohd Zail Arish bin Mohd Yusof
    RM10, 3 minggu yang lepas
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia