DANA BAHU UNTUK GAZA : BANGUNAN UNTUK PENDIDIKAN
π΅πΈ "KAMI MAHU BELAJARβ¦" - ANAK-ANAK GAZA
Hanya sekitar 35% daripada Semenanjung Gaza kini menjadi ruang kehidupan bagi lebih dua juta rakyat Palestin yang semakin sempit dan terhimpit akibat serangan berterusan serta penguasaan tentera Israel.
Dalam keadaan sebegini, bagaimana nasib pendidikan anak-anak Gaza?
Menurut Kementerian Pendidikan Palestin, kira-kira 700,000 pelajar Gaza terjejas pendidikan bagi sesi 2025/2026. Laporan bertarikh 7 Oktober 2026 pula merekodkan lebih 179 sekolah kerajaan musnah sepenuhnya, manakala lebih 105 sekolah UNRWA dibedil dan mengalami kerosakan.
Namun, di sebalik kemusnahan ini, semangat anak-anak Gaza untuk menuntut ilmu tidak pernah padam!
Kini, kebanyakan sekolah sementara dibina hanya menggunakan khemah daripada kain dan plastik.
Malah, khemah pembelajaran juga tidak terlepas daripada serangan sehingga ada anak-anak yang kehilangan nyawa ketika sedang belajar.
Mereka tidak meminta sekolah yang mewah, hanya sebuah tempat yang selamat untuk belajar.
π΅πΈ MUSLIM CARE MALAYSIA SEDANG MEMBANGUNKAN SEKOLAH SEMENTARA DI GAZA!
Sempena genap tiga tahun peristiwa Taufan Al-Aqsa pada 7 Oktober 2026, Muslim Care Malaysia Society (MCM) menggerakkan kempen Dana Bahu Untuk Gaza β Bangunan Untuk Pendidikan bagi membangunkan sekolah sementara, termasuk kemudahan pendidikan agama dan pembelajaran Al-Quran.
π― SASARAN KUTIPAN: RM500,000
Dana ini akan membantu menyediakan kemudahan pembelajaran supaya anak-anak Gaza dapat meneruskan pendidikan dan mendalami ilmu agama walaupun dalam keadaan serba kekurangan.
Inilah peluang kita menyumbang sedekah jariah yang berpanjangan. Setiap huruf Al-Quran yang dibaca dan setiap ilmu yang dipelajari, mudah-mudahan menjadi saham akhirat buat para penyumbang.
Sekolah mereka boleh dimusnahkan, tetapi semangat mereka untuk menuntut ilmu tidak pernah dapat dipatahkan!
π€² JOM SUMBANG UNTUK PENDIDIKAN ANAK-ANAK GAZA!
π¦ MAYBANK
5644 9021 1159
π¦ RHB ISLAMIC BANK
26212 00000 4747
Penerima: MUSLIM CARE MALAYSIA SOCIETY
π RUJUKAN: BUG SEKOLAH GAZA
π² SLIP INFAQ & PERTANYAAN:
π Hotline: 011-1087 1087
π Johari: 016-997 8323
π Safuan: 013-488 6447
π Zuriati: 019-204 9434
#MuslimCareMalaysia #DanaBahuUntukGaza
#SekolahGaza #PendidikanGaza
#SedekahJariah #Palestin
Penyumbang Terkini
-
Noor Sabran
RM50, 1 jam yang lepas
-
Rohayu
RM150, 2 jam yang lepas
-
Syafiah S
RM10, 2 jam yang lepas
-
Nik Kamaliah Binti Nik Abdullah
RM30, 5 jam yang lepas
-
ABG
RM20, 6 jam yang lepas
-
Noorsham
RM100, 6 jam yang lepas
-
Mawardi
RM100, 7 jam yang lepas
-
HambaAllah
RM100, 7 jam yang lepas
-
Hasri mustafa
RM20, 7 jam yang lepas
-
Nik Kamaliah Binti Nik Abdullah
RM30, 7 jam yang lepas