DANA BAHU UNTUK GAZA 2.0
KRITIKAL! GAZA HADAPI KRISIS BEKALAN AIR, PERLUKAN BANTUAN SEGERA!
Setiap pagi di bumi Gaza bermula dengan satu persoalan yang sangat meruntun jiwa, adakah masih berbaki air bersih untuk meneruskan hidup pada hari ini?
Akibat sekatan berterusan dan kemusnahan infrastruktur, rakyat Gaza terpaksa mencatu setiap titisan air yang ada demi kelangsungan hidup. Realiti pahit ini sedang dihadapi oleh lebih 2 juta penduduk Palestin yang dinafikan hak mendapatkan keperluan asas, termasuk akses kepada air bersih.
Lebih menyayat hati, lebih 500,000 bayi yang sangat memerlukan susu dan air bersih untuk tumbesaran, kini terpaksa berdepan keadaan yang amat daif. Ada yang terpaksa menelan air yang kotor dan tidak bertapis hanya untuk mengalas perut yang kosong. Anak-anak kecil ini hidup dalam derita yang tidak sepatutnya mereka tanggung.
Menurut maklumat terkini yang diterima daripada Abu Ayesh, Pengerusi Muslim Care Malaysia-Palestin di Gaza, beberapa daerah kini sedang berdepan krisis bekalan air yang semakin meruncing, antaranya daerah Al-Qararah. Keadaan ini menyebabkan penduduk semakin terdesak untuk mendapatkan sumber air bersih bagi kegunaan harian, termasuk untuk minum, memasak dan keperluan anak-anak kecil.
Menyedari penderitaan yang semakin membimbangkan ini, Muslim Care Malaysia Society melancarkan Dana Bahu Untuk Gaza 2.0 dengan sasaran kutipan RM1,000,000 bagi menyalurkan bantuan kecemasan dan meringankan beban saudara-saudara kita di Gaza.
Allah SWT berfirman:
“Perumpamaan orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah adalah seperti sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai; pada setiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan Allah melipatgandakan bagi sesiapa yang Dia kehendaki.”
(Surah Al-Baqarah: 261)
Ayat ini mengingatkan kita bahawa setiap sedekah yang ikhlas boleh digandakan ganjarannya sehingga 700 kali ganda, malah lebih lagi dengan izin Allah SWT.
Ayuh, minggu ini kita sama-sama berganding bahu membantu Gaza. Mungkin bagi kita nilainya kecil, tetapi bagi mereka, itulah sinar harapan untuk meneruskan kehidupan.
Salurkan sumbangan anda ke akaun berikut:
Maybank
5644 9021 1159
RHB Islamic Bank
26212 00000 4747
Rujukan: BAHUUNTUKGAZA
Atau boleh juga menyumbang melalui DuitNow QR yang tertera pada poster.
Slip infaq boleh dihantar kepada:
Hotline: 011 1087 1087
Johari: 016 997 8323
Safuan: 013 488 6447
Zuriati: 019 204 9434
Semoga setiap ringgit yang diinfaqkan menjadi saham akhirat, asbab bantuan sampai kepada mereka, dan bukti kasih sayang kita kepada saudara se-Islam yang sedang diuji.
Bahu Untuk Gaza 2.0
Bersama kita ringankan derita Gaza.
Penyumbang Terkini
-
Norlela binti Abdul Hamid
RM100, 5 jam yang lepas
-
AM
RM42, 6 jam yang lepas
-
Masariyah binti Hasim
RM100, 7 jam yang lepas
-
hafiz sabah
RM10, 9 jam yang lepas
-
Halimah
RM20, 11 jam yang lepas
-
Nazian Rashid
RM50, 12 jam yang lepas
-
Sharifah madznah syed mohamed
RM50, 13 jam yang lepas
-
Joon jiann
RM20, 13 jam yang lepas
-
Nur
RM20, 13 jam yang lepas
-
Syafiqa binti mohd nor
RM50, 14 jam yang lepas