DANA BAHU UNTUK GAZA
BARANGAN TERSEDIA UNTUK MEMASUKKI GAZA
Sarat beberapa buah lori panjang dengan barangan bantuan sumbangan rakyat Malaysia untuk rakyat Gaza. Kenderaan tersebut kini sedang berada di Sinai menünü ke Rafah.
Deligasi Muslim Care Malaysia Society, yang diketuai Tuan Hj Zulkifli Wahijan selaku Presiden, Saudara Muhd Khidhir Izaidin, Naib Presiden, Ustaz Ahmad Shukri Ismail selaku bendahari dan Saudara Hamdan Salleh kini berada di Mesir menguruskan pembelian barangan bagi menjayakan misi “MALAYSIA AID2GAZA WINTER 2025”. Usaha ini turut dijayakan oleh Muslim Care Egypt.
Ratusan ribu ringgit telah dibelanjakan bagi menyediakan beberapa barangan asas antaranya beras, tepung, gula, makaroni dan beberapa barangan lain lagi. Misi ini adalah sebagai satu jalan dan usaha bagi menunaikan hasrat rakyat Malaysia untuk membantu Palestin. MCM akan sentiasa bersedia untuk lebih agresif dalam membantu memulihkan dan membantu kan kembali bumi yang kini bagaikan padang jarak padang terkukur.


Buat masa ini hanya barangan bantuan dibenarkan masuk ke Gaza dan kami para penggerak MCM sentiasa dalam keadaan mode sedia untuk memasuki Gaza bersama barangan bantuan seandainya menerima kebenaran dari pihak berkuasa Mesir.
Dalam misi ini juga, kunjungan rasmi telah diadakan ke pejabat Kedutaan Malaysia di Mesir bagi membincangkan beberapa perkara khususnya berkaitan penghantaran bantuan dan kemasukan petugas-petugas kemanusiaan bagi menguruskan bantuan yang disumbangkan rakyat Malaysia melalui MCM. Alhamdulillah maklum balas dan kerjasama yang sangat baik diterima dari pihak Kedutaan hasıl dari pertemuan dan perbincangan yang telah diadakan.
MCM sangat komited dalam usaha menyalurkan bantuan kepada rakyat Gaza yang kini telah memasukki musin sejuk dan hujan lebat telah türün serta mengakibatkan sebahagian khemah-khemah mula dipenuhi air dan menyebabkan berlaku kepayahan kepada para penghuni yang pada ketika ini telah pun berada dalam pelbagai situasi kepayahan. Menurut laporan United Nations Relief and Works Agency for Palestine Refugees (UNRWA), terdapat sekitar 1.4 juta orang kini mendiami khemah-khemah sementara.
MCM akan sentiasa menggerakkan usaha untuk membantu rakyat Palestin yang sedang berdepan dengan pelbagai kepayahan sehinggalah mereka dapat kembali menikmati kehidupan yang sempurna.
Semoga dengan usaha ini dapat meringankan bebanan dan kepayahan yang sedang dihadapi oleh saudara-saudara kita yang mempertaruhkan nyawa demi mempertahankan bumi dimana terletaknya qiblat pertama umat Islam.
Ayuh teruskan menyumbang kepada Palestin melalui:
Muslim Care Malaysia Soceity
564490211159 Maybank
Rujukan: “Gaza”
Penyumbang Terkini
-
Aqil
RM10, 1 jam yang lepas
-
NORWANI BINTI UDIN
RM10, 14 jam yang lepas
-
ABC
RM50, 14 jam yang lepas
-
HASNAH BT REBU
RM100, 20 jam yang lepas
-
Nik Kamaliah Binti Nik Abdullah
RM30, 21 jam yang lepas
-
Azli Bin Abu Bakar
RM100, 22 jam yang lepas
-
Johari Jamil
RM20, 23 jam yang lepas
-
Mohd Zaidan Mahzan
RM50, 23 jam yang lepas
-
Ku Rafinah Binti Ku Ismail
RM50, 1 hari yang lepas
-
Aqil
RM10, 1 hari yang lepas