BANTUAN KEMANUSIAAN BANGLADESH
🇧🇩 BANJIR HANYUTKAN SEGALANYA, JANGAN BIARKAN MEREKA DI BANGLADESH HANYUT TANPA BANTUAN
Bangladesh sekali lagi berdepan ujian besar apabila hujan monsun lebat mencetuskan banjir dan tanah runtuh di beberapa kawasan, menyebabkan rumah penduduk ditenggelami air, kemudahan asas terganggu serta ribuan keluarga memerlukan bantuan segera.
Antara kawasan yang terjejas termasuk beberapa daerah di tenggara Bangladesh seperti Chattogram, Cox’s Bazar, Bandarban, Rangamati dan kawasan sekitarnya. Bencana ini menyebabkan lebih 267,000 keluarga terkesan dan lebih satu juta penduduk terputus hubungan serta memerlukan bantuan kecemasan.
Ramai mangsa kini berdepan kesukaran mendapatkan keperluan asas seperti makanan, air bersih, ubat-ubatan serta tempat perlindungan, apabila kediaman mereka dinaiki air dan laluan bantuan turut terjejas akibat kerosakan infrastruktur.
Dalam keadaan penuh cabaran ini, Muslim Care Malaysia (MCM) akan melancarkan:
MISI BANTUAN KEMANUSIAAN BANGLADESH pada 26 – 30 September 2026 ini. InsyaAllah, pasukan MCM akan turun menyantuni saudara-saudara kita yang terkesan, khususnya:
🍚 Keluarga asnaf yang terjejas akibat banjir
🏫 Madrasah-madrasah yang memerlukan bantuan
🤝 Komuniti yang kehilangan sumber keperluan harian
Bantuan yang akan disalurkan merangkumi:
✅ Bakul makanan asas
✅ Bantuan keperluan harian keluarga terjejas
✅ Santunan kepada madrasah yang terkesan
✅ Bantuan kemanusiaan kepada mereka yang memerlukan
Mereka mungkin berada jauh di mata, namun mereka tetap saudara kita yang memerlukan perhatian dan kepedulian.
Sehubungan itu, Muslim Care Malaysia menyeru para dermawan untuk bersama-sama berkongsi rezeki bagi membantu saudara kita di Bangladesh.
🎯 Sasaran kutipan: RM50,000
Setiap sumbangan yang diberikan insya-Allah menjadi asbab untuk meringankan beban mereka yang sedang diuji.
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Barangsiapa yang meringankan satu kesusahan seorang mukmin di dunia, Allah akan meringankan satu kesusahannya pada hari kiamat.”
(Riwayat Muslim)
Hulurkan sumbangan anda hari ini.
📌 Rujukan: BANGLADESH
💳 Maybank
5644 9041 3882
Muslim Care Malaysia Society
💳 RHB Islamic Bank
26212 00000 4747
Pertubuhan Penyayang Islam Malaysia
📲 DuitNow QR: Banjir Bangladesh
📞 Hotline: 011-1087 1087
📞 Johari: 016-997 8323
📞 Safuan: 013-488 6447
📞 Zuriati: 019-204 9434
#MuslimCareMalaysia
#BantuanKemanusiaan
#BangladeshFloodRelief
#KemanusiaanMerentasiSempadan
Penyumbang Terkini
-
Hasri mustafa
RM20, 5 hari yang lepas
-
Joon jiann
RM10, 6 hari yang lepas
-
Zuraida Binti Mansor
RM100, 1 minggu yang lepas
-
Hasri mustafa
RM20, 1 minggu yang lepas
-
Mohd Azim Shamsudin
RM100, 1 minggu yang lepas
-
Joon jiann
RM10, 1 minggu yang lepas
-
Zarah binti Mat Said
RM100, 1 minggu yang lepas
-
FH
RM100, 1 minggu yang lepas
-
Nik Kamaliah Binti Nik Abdullah
RM30, 1 minggu yang lepas
-
Musliza Mohd Mustafa
RM200, 1 minggu yang lepas