RM 166

terkumpul dari RM 100,000

5 Penyumbang, 32 hari lagi

INFAQ SEKARANG

BANTUAN GEMPA BUMI AFGHANISTAN

84,000 MANGSA GEMPA AFGHANISTAN PERLUKAN KITA


Gempa bumi kuat bermagnitud 6.0 yang melanda timur Afghanistan pada 31 Ogos 2025, telah meragut lebih daripada 1,400 nyawa, manakala ribuan yang lain mengalami kecederaan parah. Puluhan kampung musnah sama sekali dan lebih 84,000 orang kini kehilangan tempat tinggal.


Ramai dalam kalangan mereka termasuk kanak-kanak kecil serta ibu hamil kini tidur di kawasan lapang tanpa khemah, tanpa ubat-ubatan dan tanpa bekalan asas. Jalan raya yang rosak teruk menyukarkan lagi operasi menyelamat, malah terdapat kawasan terpencil yang hanya dapat dicapai melalui bantuan udara.


Dalam suasana getir ini, Muslim Care Malaysia (MCM) melancarkan kempen Bantuan Gempa Bumi Afghanistan dengan sasaran kutipan sebanyak RM100,000.


Dana ini akan dimanfaatkan bagi menyediakan khemah perlindungan, makanan, ubat-ubatan serta kelengkapan kebersihan kepada mangsa yang sedang berdepan detik sukar. Kita mungkin jauh beribu batu dari bumi Afghanistan, tetapi peluang untuk menyambung nyawa dan memberi sinar harapan tetap ada melalui sumbangan kita.


Rasulullah SAW pernah bersabda:


مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا نَفَّسَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ

Maksudnya: Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan pada hari kiamat.

(Hadith Riwayat Muslim)


Hadith ini mengingatkan kita bahawa setiap usaha mengurangkan penderitaan insan lain adalah jalan untuk kita sendiri mendapat pertolongan Allah SWT di akhirat kelak. Maka janganlah kita biarkan mereka menanggung derita sendirian, sedangkan tangan kita mampu menghulur pertolongan.


Marilah kita bersama-sama menghulurkan infaq agar penderitaan ini dapat diringankan.


Setiap ringgit yang dikumpulkan adalah tanda kasih sayang dan kepedulian kita sesama insan. Semoga dengan sedikit pengorbanan kita, Allah mengurniakan keberkatan, menggandakan pahala dan memudahkan urusan kita di dunia serta di akhirat.


Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.

Tepat Pada Masa.

Tepat Pada Sasaran.

Penyumbang Terkini

  • Azani Fahzan Bin Mohamed Saburi
    RM19, 1 hari yang lepas
  • Zaiti
    RM7, 1 minggu yang lepas
  • Haslina Jabil
    RM20, 2 minggu yang lepas
  • Joon jiann
    RM20, 2 minggu yang lepas
  • Mohd Azim Shamsudin
    RM100, 3 minggu yang lepas
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia