ZIARAH NENEK 100 TAHUN DAN AGIHAN MAKANAN DI KG TINUSA 2 (VIDEO)

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
11 November, 2026

Seorang wanita berusia 100 tahun, Indasikla Marjaba masih mampu berbual dan tersenyum riang ketika menerima sedikit saguhati daripada wakil

Muslim Care Malaysia (MCM) di rumahnya di Kampung Tinusa 2, Sandakan, Sabah pada 6 November 2026.

Sesi ziarah ke rumah warga emas itu dilakukan selepas selesai majlis ringkas agihan pek makanan kepada 30 keluarga asnaf di kampung yang sama.

Pek makanan bernilai RM80 setiap satu itu mengandungi pelbagai jenis makanan termasuk satu kampit beras 10kg, makanan kering, gula, sardin, susu dan lain-lain.

Serahan dilakukan oleh Timbalan Presiden MCM, Mohd Johari Ismail. Hadir sama Setiausaha Agung MCM, Ahmad Safuan Ujar, Ahli Lembaga Pengarah MCM, Haji Arman Mustapa dan Heroes MCM, Noorazian Ghazali.

Sumbangan pek makanan dan ziarah ke rumah asnaf di Kampung Tinusa 2 adalah antara sebahagian acara Misi Kasih Asnaf MCM di Sandakan dan Tawau, Sabah yang berlangsung dari 6 hingga 9 November 2026.



© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia