
ZIARAH MANGSA BANJIR DI BINTULU
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
10 February, 2025
Muslim Care Malaysia telah mengadakan program ziarah ke Kampung Semadang, Rumah Panjang Sumping, Kuala Tatau, Bintulu pada 7 Februari 2025 bagi menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir.
Seramai 17 pelajar menerima agihan berupa beg sekolah serta sumbangan wang tunai bagi meringankan beban mereka selepas bencana tersebut. Sumbangan disampaikan Exco Muslim Care Malaysia, Zuriati Yaakob dan Nur Suryana Mohd Sutarzi.
Banjir yang melanda kawasan ini bermula pada 28 Januari 2025 dan berlarutan selama tiga hari. Rumah panjang yang mempunyai 26 pintu serta menempatkan 90 keluarga mengalami kerosakan teruk apabila air banjir setinggi 4 meter memasuki kediaman mereka.
Program bantuan ini merupakan inisiatif Muslim Care Malaysia dalam usaha membantu komuniti yang terjejas akibat bencana alam. Diharapkan sumbangan yang diberikan dapat meringankan beban keluarga mangsa dan membantu pelajar kembali ke sekolah dengan lebih selesa.
Muslim Care Malaysia turut mengajak orang ramai untuk bersama-sama menghulurkan bantuan kepada mereka yang masih dalam proses pemulihan selepas banjir ini.