ZIARAH MAHABBAH SYEIKH DR. ABDUL QADIR MUHAMMAD AL-HUSSAIN KE MCM CENTRE
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
24 August, 2026
Muslim Care Malaysia (MCM) berbesar hati menerima kunjungan Syeikh Dr. Abdul Qadir Muhammad Al-Hussain bersama rombongan ke MCM Centre pada Jumaat pagi, 14 Ogos 2026.
Turut hadir dalam pertemuan penuh mahabbah ini ialah Haji Zulkifli Wahijan, Presiden MCM, Ustaz Ahmad Shukri Ismail, Bendahari Agung MCM, Ustaz Nazmi Karim, Ahli Lembaga Pengarah MCM yang turut bertindak sebagai penterjemah kepada Syeikh, serta barisan kakitangan MCM.
Dalam pertemuan tersebut, Syeikh Dr. Abdul Qadir turut menyampaikan tausiyah ringkas kepada warga MCM, selain beramah mesra dan bertukar pandangan bersama kepimpinan MCM.
Syeikh turut menyaksikan tayangan video misi & sumbangan MCM ke Syria & Palestin, yang memaparkan sebahagian usaha kemanusiaan yang telah dilaksanakan MCM dalam membantu masyarakat yang terkesan akibat konflik dan krisis kemanusiaan.
Semoga kunjungan penuh bermakna ini terus mengeratkan ukhuwah, memperkukuh hubungan dakwah serta menjadi penyuntik semangat kepada MCM untuk meneruskan usaha kemanusiaan kepada mereka yang memerlukan, insya-Allah.