ZIARAH MAHABBAH GURU-GURU MUASSASAH DARUL ULUM
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
13 August, 2026
Dua puluh tahun berlalu, tapi rindu pada guru tidak pernah pudar.
Itulah yang membawa Ustaz Muaz Hassan (ALP MCM), menziarahi rumah guru-guru beliau pada 9 Ogos 2026, insan-insan yang pernah mengajar di Muassasah Darul Ulum, Kampung Bukit Larek, Kuala Nerang, Kedah, tempat beliau menuntut ilmu dari tahun 1999 hingga 2004.
Ziarah ini mempertemukan kembali Ustaz Muaz dengan Ustaz Mutalib, Ustaz Mat Ayub, Ustazah Hafsah dan Ustazah Rohaya di kediaman masing-masing. Pertemuan yang penuh mahabbah, diselangi kenangan lama, tawa, dan doa yang tidak putus-putus.
Sempena kunjungan tersebut, MCM turut menyampaikan sumbangan pek makanan. Turut diserahkan sumbangan wang daripada sekumpulan muslimat di Taman Bandar Baru Selayang, sebagai tanda kasih buat para guru tercinta.
Semoga Ustaz dan Ustazah sekalian sentiasa dilindungi Allah, dipanjangkan usia dalam kebaikan, serta dilimpahi rahmat dan keberkatan yang tidak putus-putus. Semoga setiap ilmu yang dicurahkan terus mengalir menjadi amal jariah yang tidak pernah kering pahalanya.
Terima kasih, guru. Jasamu tetap dikenang, sepanjang zaman.