ZIARAH KASIH ENCIK AZMI JAMALUDDIN

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
12 July, 2026

Muslim Care Malaysia Society (MCM) telah mengadakan ziarah kasih kepada Encik Azmi bin Jamaluddin, jemaah Surau Al-Muhsinin, Petronas KLCC, yang kini sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Ziarah yang berlangsung semalam itu dihadiri oleh Haji Zulkifli Wahijan, Presiden MCM, bersama Ustaz Ahmad Shukri, Bendahari MCM, dan dua orang kakitangan MCM.

Dalam ziarah tersebut, pihak MCM turut menyampaikan sumbangan tunai kepada Encik Azmi sebagai tanda keprihatinan dan sokongan bagi meringankan beban beliau serta keluarga.

Encik Azmi difahamkan mengalami masalah usus bengkak akibat jangkitan kuman dalam darah. Keadaan kesihatan beliau menyebabkan beliau telah bertahun-tahun terlantar dan hanya mampu berbaring di atas katil. Buat masa ini, beliau baru sahaja dimasukkan ke HKL untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Menurut maklumat yang diterima, keadaan beliau bermula selepas terlibat dalam kemalangan motosikal ketika dalam perjalanan pulang daripada misi bantuan banjir membersihkan masjid. Pengorbanan beliau dalam kerja-kerja kebajikan sebelum ini menjadi satu ingatan besar kepada pihak MCM dan masyarakat.

Pihak MCM mendoakan agar Encik Azmi diberikan kekuatan, kesabaran dan kesembuhan oleh Allah SWT. Semoga sumbangan kecil ini dapat memberi sedikit kelegaan kepada beliau dan keluarga dalam menghadapi ujian yang berat ini.

Muslim Care Malaysia Society akan terus berusaha menyantuni golongan yang diuji dengan kesakitan, musibah dan kesempitan hidup sebagai sebahagian daripada amanah kemanusiaan dan kebajikan ummah.



© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia