ZIARAH KASIH BUAT KAK YANIE HEROES MCM

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
15 July, 2026

Alhamdulillah, pada Ahad, 12 Julai 2026, Ustaz Muaz Hasan selaku Ahli Lembaga Pengarah Muslim Care Malaysia Society (MCM) telah menziarahi Kak Yanie, sukarelawan HEROES MCM daripada Perlis, yang baru kehilangan suaminya.

Dalam ziarah tersebut, sumbangan pek makanan serta sumbangan wang tunai turut disampaikan bagi membantu meringankan sedikit beban yang dihadapi.

Semoga Kak Yanie sekeluarga dikurniakan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini serta dipermudahkan segala urusan.


© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia