ZIARAH DAN BANTUAN BUAT ASNAF KAMPUNG JERMAI

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
21 February, 2026

Usai selesai program penyerahan sumbangan di Masjid Hijau, Relau, pasukan Muslim Care Malaysia (MCM) meneruskan perjalanan bagi menyantuni penduduk di Kampung Jermai menerusi program Ziarah Kasih sempena persediaan awal menyambut bulan Ramadan.

Program ini telah berlangsung di Surau Kampung Jermai, Mukim Sungai Batu, Serdang, Kedah, dan disempurnakan oleh Timbalan Presiden MCM, Encik Mohd Johari Ismail, dengan iringan YB Tan Sri Dr. Mohd Suffian Yusoff, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baharu.

Sebanyak 50 pek bantuan yang mengandungi barangan keperluan makanan harian serta kurma telah diagihkan kepada 50 keluarga asnaf terpilih. MCM berharap sumbangan ini dapat meringankan beban penerima dan membantu mereka membuat persiapan Ramadan dengan lebih tenang.

MCM turut merakamkan penghargaan kepada Syabab Care dan PKWR Sungai Jermai yang bertungkus lumus menjayakan program, serta semua penyumbang yang sentiasa istiqamah menyokong misi kebajikan ini.

Muslim Care Malaysia akan terus komited membawa slogan “Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan”, demi memastikan setiap bantuan sampai tepat pada masa, tepat pada sasaran.


© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia