WATER4GAZA DITERUSKAN DI KEM AL-ETIHAD (VIDEO)
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
3 September, 2026
Siri agihan air bersih tim MCM-Palestin pada 1 September 2026 diteruskan hingga ke Al-Etihad Displacement Camp, Gaza menerusi program Water4Gaza.
Di kawasan penempatan ini, penduduk masih berdepan kesukaran mendapatkan bekalan air bersih yang mencukupi untuk kegunaan seharian. Alhamdulillah, bantuan yang dibawa dapat terus disalurkan kepada keluarga yang memerlukan.
Agihan di Al-Etihad Displacement Camp melengkapkan perjalanan Water4Gaza pada hari tersebut, selepas beberapa lokasi berjaya disantuni dengan bekalan air bersih.
Terima kasih kepada semua penyumbang yang terus bersama-sama menjayakan usaha ini. Setiap sumbangan anda membantu memastikan bekalan air terus sampai kepada saudara kita di Gaza.
Sumbangan boleh disalurkan ke:
Maybank: 5644 9021 1159
RHB Islamic Bank: 26212 00000 4747
Rujukan: BUG 3.0
Semoga setiap titis air yang disalurkan menjadi amal jariah dan pahala berpanjangan buat semua penyumbang.