WARKAH UNTUK MALAYSIA - DARI RAKYAT PALESTIN YANG DITAHAN 46 TAHUN DI PENJARA ISRAEL

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
9 December, 2025

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Kepada keluarga dan saudara-saudara kami dari kalangan orang-orang yang pemurah dan dermawan di Malaysia,

kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas pendirian teguh kalian bersama rakyat Palestin, khususnya di Gaza,

yang menjadi simbol semangat perjuangan. Gaza memiliki hak atas setiap Muslim dan Muslimah untuk terus memberikan sokongan dan bantuan.

Saya ingin menyampaikan bahawa seorang Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain, sama ada dalam kesenangan mahupun kesusahan.

Kami akan terus berpegang kepada janji para syuhada untuk menghapuskan kezaliman ke atas rakyat Palestin.

Demi Allah, betapa mulianya kalian,

apabila kami melihat sinar harapan dalam bentuk pemberian dan pengorbanan daripada pemuda-pemudi Malaysia.

Semoga kita bertemu kelak di Masjid Al-Aqsa dalam keadaan ia telah dibebaskan,

qublat suci pertama kita dari cengkaman penjajah dan kegelapan.

Semoga Allah memberi kalian taufik ke arah segala kebaikan

yang membawa manfaat buat umat ini khususnya untuk anak-anak Palestin di Gaza, tanah anugerah dan pengorbanan.

Allah Maha Besar dan segala puji adalah milik-Nya.

Saudara kalian,

Nael Saleh Al-Barghouthi

Bekas tahanan yang telah dibebaskan dengan izin perjuangan,

setelah menghabiskan 46 tahun dalam penjara.

Salam kasih dan doa saya dari lubuk hati kepada seluruh rakyat Malaysia yang mulia.


© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia