WARGA STRIDE SUMBANG RM3,700 UNTUK PALESTIN
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
12 November, 2023
Kakitangan Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE), Kementerian Pertahanan turut tidak ketinggalan menzahirkan solidariti untuk rakyat Palestin.
Sejumlah RM3,700 dikumpulkan daripada warga STRIDE dan diserahkan kepada Exco Muslim Care Malaysia (MCM) Tuan Asri Tuan Hussein dalam satu majlis ringkas di Musolla Al-Farabi, STRIDE, Kajang, Selangor pada 10 November 2023.
Sumbangan disampaikan Pengerusi Musolla Al-Farabi, Ir. Dr. Shamsul Akmar bin Ab Aziz. Hadir sama, Pengarah Bahagian Teknologi Jentera dan Aeroangkasa, Ir. Zainol Abidin bin Awang Sa.
Lebih 50 warga STRIDE termasuk muslimat hadir di majlis itu yang dimulakan dengan solat sunat hajat untuk kesejahteraan rakyat Palestin, bacaan selawat dan sesi penerangan daripada Tuan Asri mengenai situasi terkini perang Israel-Palestin.