WAKAF KATIL BANTU IBU MANGSA KEMALANGAN
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
19 September, 2024
Ketika diuji ahli keluarga yang sakit, pasti seluruh keluarga jadi resah dan susah hati. Apatah lagi jika ibu sendiri yang sakit.
Ketika dihubungi oleh anak muda ini yang memohon bantuan katil pesakit untuk ibunya, jelas kedengaran nada risau di sebalik suaranya.
Ibunya yang cedera di kepala kini hanya mampu terbaring lesu dalam proses untuk kembali sihat.
Didoakan semoga dengan wakaf katil sumbangan Tuan Puan semua melalui Muslim Care Malaysia akan menghadirkan ceria dan lega dalam rumah mereka.
Semoga ibunya kembali sihat dan kuat selepas rawatan dan rehat yang baik.
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.
Tepat pada waktunya.
Tepat pada sasaran.
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve