UPIN IPIN TERBANG BERSAMA MUSLIM CARE MERAWAT EMOSI ANAK-ANAK CIANJUR.

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
1 February, 2023
Antara yang sangat diimpikan oleh anak-anak mangsa gempa di Cianjur, Jawa Barat semasa kunjungan kami yang lepas ialah untuk bertemu dengan Upin dan Ipin. Watak utama syarikat Les' Copaque Production Sdn. Bhd. ini sememangnya sangat dikenali di kalangan anak-anak di sana.
Setelah beberapa sesi perbincangan, alhamdulillah Muslim Care Malaysia (MCM) berjaya mendapatkan tarikh untuk menerbangkan Upin dan Ipin untuk bertemu dengan anak-anak di Cianjur. Pastinya keriangan yang tidak terhingga akan terpancar di wajah anak-anak itu nanti setelah bertemu mata dengan karakter kesayangan ramai itu.
MCM juga turut teruja apabila pihak Les' Copaque menyampaikan hajat mereka untuk membawa bersama cenderahati kenang-kenangan edisi Upin dan Ipin untuk diberikan kepada anak-anak di sana nanti.
Semoga berkat usaha MCM membawa Upin dan Ipin ke Cianjur, Jawa Barat nanti akan mengembalikan keceriaan dan kebahagiaan di hati mereka sekaligus mengubat trauma yang sedang mereka alami.
Kepada yang berhajat untuk turut sama membantu dalam misi Upin Ipin ubati trauma anak-anak bolehlah berbuat demikian dengan menyumbang melalui capaian ini
atau boleh terus membuat transaksi ke akaun
MUSLIM CARE MALAYSIA
564490413882 (MAYBANK)
14014010147470 (BANK ISLAM)
1101744599 (BANK RAKYAT)
atau ke akaun
PERTUBUHAN PENYAYANG ISLAM MALAYSIA
8604171675 (CIMB)
Semoga setiap sumbangan dan jariah yag dihulurkan, akan dibalas dengan seribu kebaikan dan dimurahkan rezeki Tuan/Puan sekalian.
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia Society.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan,
Tepat pada sasaran.
Tepat pada waktunya.
#muslimcaremalaysia
#bantuankemanusiaanmerentasisempadan
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia