UPIN IPIN NAK DATANG CIANJUR?
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
17 January, 2023
Hari ini Muslim Care Malaysia Society berkunjung ke pejabat Les'Copaque Production Sdn. Bhd. dalam usaha menjalinkan kerjasama bagi misi bantuan ke bumi Cianjur, Indonesia.
Upin-Ipin menjadi fenomena yang sangat besar ketika Muslim Care Malaysia Society (MCM) yang diwakili oleh Tuan Mohd Johari Ismail dan Tuan Asri Tuan Hussein turun menyantuni mangsa bumi di Cianjur baru baru ini.

"Kapan Upin-Ipin mahu datang?"
Sebaik mendengar sahaja kami, MCM datang dari Malaysia, bukan sahaja anak-anak malahan dewasa juga turut bertanya soalan ini kepada kami.
Sebaik mendengar sahaja kami, MCM datang dari Malaysia, bukan sahaja anak-anak malahan dewasa juga turut bertanya soalan ini kepada kami.
Pengalaman pasukan Les Copaque membawa ikon kanak-kanak Upin dan Ipin sewaktu pasca gempa bumi Palu dan Lombok membuka ruang kepada MCM untuk menjalinkan kerjasama ini. Insha-Allah, dijangkakan 3 Februari ini Muslim Care Malaysia Society (MCM), Les Copaque ( diwakili Upin, Ipin, Kak Ros, Opah dan beberapa watak lain) termasuk Qudwah Indonesia akan berkampung di Cianjur sehingga 6 Februari 2023 dalam usaha merealisasikan permintaan anak-anak mangsa gempa bumi baru baru ini.
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia Society.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan,
Tepat pada sasaran.
Tepat pada waktunya.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan,
Tepat pada sasaran.
Tepat pada waktunya.
#muslimcaremalaysia
#bantuankemanusiaanmerentasisempadan
#bantuankemanusiaanmerentasisempadan
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve