UPIN IPIN KE CIANJUR. .

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
7 February, 2023
Rombongan Muslim Care Malaysia bersama Upin dan Ipin sudah berlepas ke Cianjur, Jawa Barat pagi tadi.
Pasti anak-anak di sana tidak sabar menanti kehadiran animasi popular ini, Upin dan Ipin. Bahkan ketika di Lapangan Terbang KLIA tadi pun, ramai anak-anak tempatan teruja melihat gambar Upin dan Ipin di sekitar kami.
Kegembiraan dan keriangan yang bakal Upin dan Ipin bawakan nanti diharapkan akan dapat merawat trauma dan emosi negatif anak-anak di sana.
Mereka bukan sahaja berdepan dengan satu gempa, bahkan sudah 3 kali. Pastinya perasaan trauma dan berjaga-jaga itu masih menghantui mereka.
Trauma kanak-kanak berlaku apabila kanak-kanak mengalami atau menyaksikan kejadian yang dianggap boleh menyebabkan kecederaan, kematian atau mengancam integriti fizikal diri atau orang lain, dan juga menyebabkan ketakutan, kegerunan atau ketidakupayaan semasa ia terjadi. Kejadian ini boleh dirujuk sebagai pengalaman buruk kanak-kanak (adverse childhood experiences, ACE).
Nabi Muhammad SAW menjelaskan tentang kasih sayang kepada anak kecil sebagaimana di dalam hadisnya:
«لَيْسَ مِنَّا مَنْ لَمْ يَرْحَمْ صَغِيرَنَا وَيُوَقِّرْ كَبِيرَنَا»
“Bukanlah sebahagian daripada Kami yang tidak menyayangi anak kecil dan tidak menghormati yang besar.”
(Hadith Riwayat Tirmidzi)
Insya-Allah, dengan usaha Muslim Care Malaysia menerbangkan Upin Ipin ke Cianjur, Jawa Barat bakal merubat trauma adik-adik kita di sana.
Betul.. Betul.. Betul..
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan,
Tepat pada sasaran.
Tepat pada waktunya.
#muslimcaremalaysia
#bantuankemanusiaanmerentasisempadan
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia